OLEH: Taufiq Tuah
"Aina Allah?"
" Di mana Allah?"
Persoalan ini sering menjadi perbincangan hangat samada di Nusantara mahupun di luar Nusantara. Hal ini kerana tiga pandangan di dalam aliran Islam.1. Allah duduk di atas Arsy.

3. Allah di mana-mana.
Maka Muslim mulai berbeza pandangan dalam hal ini. Namun, sepatutnya Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak terkeliru kerana kita ada Al-Quran dan Hadis Sahih sebagai rujukan. Malah, ulama-ulama kita (4 mazhab) juga telah membincangkan pandangan mereka tentang isu ini.
Mari kita sama-sama teliti apakah jawapan daripada 4 imam muktabar kita tentang persoalan "Di mana Allah?".
DARIPADA IMAM MUHAMMAD BIN IDRIS ( IMAM SYAFIE)
Berkata al-Imam asy-Syafie Rahimahullah:“Pendapat yang menepati Sunnah dimana aku berpegang dengannya. Dan aku mengetahui mereka ahli hadis juga berpegang denganya. Yang mana aku mengambil dari mereka, seperti Sufyan, Malik dan selain keduanya. Iaitu persaksian syahadah laa ilaha illallah wa anna muhammadan rasulullah, sesungguhnya Allah berada di atas Arsy di langit........."
(Ijtima’ juyusul islamiyyah hal.165).
DARIPADA IMAM NU'MAN BIN TSABIT (IMAM HANAFI)
Dari Abu Muthi’ Al Hakam bin Abdillah Al Balkhiy (0emilik kitab Al Fiqhul Akbar) beliau berkata"Aku bertanya pada Abu Hanifah mengenai perkataan seseorang yang menyatakan, “Aku tidak mengetahui di manakah Rabbku, di langit atau di bumi?” Imam Abu Hanifah lantas mengatakan, “Orang tersebut telah kafir kerana Allah Ta’ala sendiri berfirman,
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
“Allah menetap tinggi di atas ‘Arsy”. Dan ‘Arsy-Nya berada di atas langit.” Orang tersebut mengatakan lagi, “Aku berkata bahwa Allah memang menetap di atas ‘Arsy....."
(Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghofar, Az-Zahabi, hal. 135-136,)
DARIPADA IMAM MALIK BIN ANAS BIN MALIK (IMAM MALIKI)
Dari Abdullah bin Ahmad bin Hambal ketika membantah fahaman Jahmiyah, beliau mengatakan bahawa Imam Ahmad mengatakan dari Syraih bin An Nu’man, dari Abdullah bin Nafi’, ia berkata bahawa Imam Malik bin Anas mengatakan,الله في السماء وعلمه في كل مكان لا يخلو منه شيء
“Allah berada di atas langit. Sedangkan ilmu-Nya berada di mana-mana, segala sesuatu tidaklah lepas dari ilmu-Nya."
(Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, Az-Zahabi, hal. 138.)
DARIPADA IMAM AHMAD BIN MUHAMMAD BIN HANBAL (IMAM HANBALI)
Diriwayatkan dari Yusuf bin Musa Al Ghadadiy, beliau berkata,قيل لأبي عبد الله احمد بن حنبل الله عز و جل فوق السمآء السابعة على عرشه بائن من خلقه وقدرته وعلمه بكل مكان قال نعم على العرش و لايخلو منه مكان
Imam Ahmad bin Hanbal pernah ditanyakan, “Apakah Allah ‘azza wa jalla berada di atas langit ketujuh, di atas ‘Arsy-Nya, terpisah dari makhluk-Nya, sedangkan kemampuan dan ilmu-Nya di setiap tempat (di mana-mana)?” Imam Ahmad pun menjawab, “Betul sekali. Allah berada di atas ‘Arsy-Nya, setiap tempat tidaklah lepas dari ilmu-Nya.”
(Itsbat Sifatil ‘Uluw, hal. 116)
RANGKUMAN
Maka ternyata, keempat-empat mazhab di dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah sepakat mengatakan Allah itu tempatnya di atas Arsy. Wallahualam.
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Assalamualaikum tuan. Saya dah semak rujukan yang telah digunakan penulis. Ternyata:
ReplyDelete1. Penulis blog tersebut berkata bahawa Imam Syafii berkata Allah itu di Arasy, dan rujukannya ialah kitab Ijtima Juyush al-Islamiyyah. Ternyata kitab ini bukan kitab Imam Syafii, tetapi kitab Ibn Qayyim al-Jauzi. Oleh kerana kita mengetahui kontroversi Ibn Qayyim dalam memenangkan pegangannya terhadap keberadaan Allah, maka tak mustahil dia pun menganggap Imam Syafii beriktikad Allah bertempat. Dan bukan setakat itu sahaja, kitab Ijtima Juyush Islamiyyah tersebut juga menyatakan bahawa Imam Thahawi beriktikad Allah itu bertempat. Sedangkan, kitab aqidah Thahawiyah dengan jalan sanad yang bersambung kepada musannif kitab menyebut bahawa:
وتعالى عن الحدود والغايات، والاركان والأعضاء والأدوات، لا تحويه *الجهات الستّ* كسائر المبتدعات
*Maksudnya:* Maha suci Allah daripada memiliki batasan, atau sempadan (ukuran), dan daripada memiliki bahagian2 (juzuk2), anggota tubuh badan dan alat-alat (organ), arah yang enam (yakni depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah) sepertimana makhluk2 baharu.
Justeru, saya merasa ajaib, daripada manakah penulis Kitab ijtima juyush Islamiah mendapat rujukan daripada Imam Thahawi, sedangkan jelas di susun oleh Imam Thahawi sendiri dalam kitab aqidahnya Yakni Aqidah Thahawiyyah. Maknanya ada percanggahan ilmiah yang telah dilakukan oleh musannif Kitab Ijtimak Juyush Islamiyyah, tetapi kitab ini dijadikan rujukan oleh penulis blog berkenaan.
2. Saya juga mendapati, bahawa penulis blog tersebut menggunakan nama Imam Abu Hanifah, dan rujukannya ialah Kitab Uluw Lil Aliyy al-Ghaffar. Kitab ini terbitan Maktabah Adhwa as-Salaf, *RIYADH*. Dalam penulisan blog tersebut, penulis blog mendakwa, Imam Abu Hanifah dalam Kitab Fiqhul Akbar beriktikad bahawa Allah itu bertempat dengan dalil ayat istiwa. Sedangkan dalam Kitab Wasiyyah Imam Abu Hanifah menyebut:
ونقر بأن الله سبحانه تعالى على العرش، *من غير أن يكون له حاجة واستقر عليه*...
*Maksudnya:* Dan kami telah mengatakan dengan sesungguhnya Maha Suci Allah beristiwa ke atas Arsy, tanpa dia berhajat padanya (Arsy) dan tanpa menetap atasnya (Arsy)...
Sehubungan itu, wujud pertembungan ilmiah antara perkataan Imam Abu Hanifah di dalam Kitab Uluw dan Kitab Wasiyyah. Kitab Uluw disusun oleh Imam Zahabi seperti yang didakwa oleh penerbit Maktabah Adhwa as-Salaf, sedangkan Kitab Wasiyyah disusun oleh Imam Abu Hanifah. Saya memandang, daripada sudut akademik, adalah lebih kuat kita menerima kitab Wassiya kerana ianya secara langsung daripada kalam Imam Hanafi.
Assalamualaikum, Boleh tolong perjelaskan sangahan dan kenyataan di atas ni. Terima Kasih.
ReplyDelete