Surat Kiriman Rasulullah Kepada Raja Heraclius (Hercules)

OLEH: Abu Amru Radzi Othman



Abu Sufyan menceritakan tentang isi surat yang dikirim Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Raja Heraclius :

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، مِنْ مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى هِرَقْلَ عَظِيمِ الرُّومِ: سَلاَمٌ عَلَى مَنِ اتَّبَعَ الهُدَى، أَمَّا بَعْدُ، فَإِنِّي أَدْعُوكَ بِدِعَايَةِ الإِسْلاَمِ، أَسْلِمْ تَسْلَمْ، يُؤْتِكَ اللَّهُ أَجْرَكَ مَرَّتَيْنِ، فَإِنْ تَوَلَّيْتَ فَإِنَّ عَلَيْكَ إِثْمَ *الأَرِيسِيِّين*َ ” وَ {يَا أَهْلَ الكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَنْ لاَ نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ}

Bismillahir rahmanir rahiim…

Dari Muhammad, hamba Allah dan utusan-Nya, Kepada Heraclius, raja Romawi.

Salaamun ‘ala manit-taba’al huda, amma ba’du

(keselamatan bagi yang mengikuti petunjuk)

Selanjutnya:

Daku mengajak anda dengan seruan Islam. Masuklah Islam, niscaya Anda akan selamat.

Allah akan memberikan pahala kepada-Mu dua kali. Jika Anda berpaling (tidak menerima) maka Anda menanggung semua dosa kaum Arisiyin ( الأَرِيسِيِّين ).

Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah”.

Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka:

“Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. (Ali Imran: 64).

Hadis ini diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, dan yang lainnya.

Ketika Heraklius membacanya maka tahulah dia bahawa Muhammad itu benar Nabi. Kerana Baginda menyebut kalimat Arisun.

Apa ertinya?

Ulama khikaf zaman berzaman. Sebahagian mengatakan 'kaum petani' yang ditindas.

Sebahagian berkata bahawa Arisun adalah istilah untuk 'kaum kerabat Kaisar' .

Namun kedua-duanya salah.

Yang pertama, apakah hendak dihairankan jika seorang raja menzalimi hamba dan bersikap kasar lagi zalim terhadap petani dan buruh?

Mengapa tidak diguna kalimat مزارع untuk menyebut petani? Lalu disebut istilah yang asing dan misteri?

Yang keduanya adalah apakah Islam sudah sama dengan Nasrani untuk dosa warisan?

Sehingga seluruh dosa dan kelakuan jahat dari kaum kerabat Kaisar akan diberikan kepada Heraklius?

Lalu apakah dengan himbauan betapa nanti dia akan menanggung dosa ayah, ibu, datuk nenek, moyang dan seluruh kaum kerabatnya, menjadikan Heraklius tergamam dan tersentak atas sebab muncul kesadaran bahawa Muhammad adalah Sang Penghibur yang dijanjikan dalam Taurat, Injil dan Zabur?

Yang benarnya Arisun itu adalah Arius. Asalnya seorang Barbar lalu menjadi ulama di Iskandariyah. Beriman bahawa Isau Bin Maria adalah Nabi Allah dan bukannya Anak Tuhan.

Dia mengusung aqidah yang lurus dari para gurunya, yang bersambung kepada Hawariyun seperti Barnabas dan Petrus.

Lalu Kaisar Rome Timur menjalankan Persudangan Necia dan menetapkan Trimurti sebagai Aqidah rasmi.

Natijahnya kaum Arius diburu hingga ke lubang cacing dan dibunuh. Segala kitab injil yang mendokong mazhab Arius dibakar. Kaisar tutup kewujudan Arius rapat-rapat hingga manusia pun lupa.

Makanya sangat menghairankan Heraklius, bagaimana seorang Arab penunggang unta, yang hidup 300 tahun sesudah Arius dibunuh, maka si Arab ini tahu. Malah si Arab itu menyebut persis nama sang Pendita yang telah dihapus?

Oleh itu, dia tidak lain, adalah Nabi yang diutus!


___________________________
Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments