Jadi Orang Baik

OLEH: Ustaz Ahmad Hasyimi

Orang yang kuat ialah orang yang masih boleh membantu orang lain walaupun dia sendiri bergelut dengan masalahnya. Mereka sentiasa mencari perluang untuk meraihkan pahala.

Tidak rugi menjadi orang yang baik.
Tidak rugi menjadi orang yang suka membantu orang.
Tidak rugi menjadi orang yang suka menjadi tangan di atas.
Tidak rugi menjadi orang yang suka menyebarkan kebaikan.

Jangan kita takut miskin dengan bersedekah.
Jangan kita takut letih kerana menolong orang.
Jangan kita takut tidak ada masa kerana membantu orang.
Jangan kita takut kita tidak berupaya membantu sebelum kita cuba membantu.

Allah Jalla wa ‘Alaa berfirman:

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ
“Jika kalian berbuat baik, sesungguhnya kalian berbuat baik bagi diri kalian sendiri”
 (QS. Al-Isra:7)

Kerana bila kita berbuat baik bermakna kita telah membaiki amalan kita untuk kita masuk syurga.
Kerana bila kita berbuat baik, kita sedang mengajar diri kita supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.
Kerana bila kita berbuat baik, kita sedang mendidik hati kita supaya sentiasa redha dan menghargai.

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat.


___________________________
Ustaz Ahmad Hasyimi
_____________________________

Comments