ASWJ Menjauhi Buku-buku dan Tulisan Ahli Bid’ah.

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Ahl al-Sunnah bukan sahaja meninggalkan Ahli Bid’ah bahkan juga meninggalkan buu-buku dan tulisan-tulisan mereka ( ilmu kalam bid’ah, falsafah, buku-buku kalam dan tasawwuf falsafi batil ) yang merupakan kejahilan, walau dalam buku-buku bid’ah tersebut ada kebaikan dan sedikit kebenaran. 

Ahl Sunnah tidak membaca buku dan tulisan Ahli Bid’ah melainkan bagi alim rasikh yang ingin membantahnya. Ini syarat ke syurga

Meninggalkan syirik, semua aliran bid’ah, tokoh-tokoh ulama bid’ah dan tulisan mereka  adalah dijamin syurga.

al-Hafiz Abu Nu’aym juga meriwayatkan dengan sanadnya  dari ‘Abdullah bin Nafi’, katanya, saya mendengar al-Imam Malik berkata,


لَوْ أنَّ رَجُلاً ركِبَ الْكَبَائِرَ كُلَّهَا بَعْدَ أَلَّا يُشْرِكَ بِاللهِ ، ثُمَّ تَخَلَّى مِنْ هَذِهِ الْأَهْوَاءِ وَالْبِدَعِ - وذكر كَلَامًا - دَخَلَ الجْنَّةَ

Law anna rajulan rakiba al-kaba’ir kullaha, ba’da alla yushrika billahi, thumma takhalla min hazihi al-ahwa’ wa al-bida’ (wa zakara kalaman) dakhala al-jannah.

“Seandainya ada orang melakukan dosa besar semuanya kecuali dosa mensyirikkan Allah, kemudian dia berlepas diri dari ahwa’ dan bid’ah-bid’ah (Ilmu Kalam) ini, (beliau membicara beberapa perkara lain), dia akan masuk syurga.” [Abu Nu’aym, al-Hilyah, 6/325]. 


Telah tersesat jauh golongan Ahli Kalam yang bersungguh mencari dalil-dalil akal untuk membuktikan kewujudan ALLAH. Lalu disusun pelbagai teori dan tulisan mengikut metod Aristotle dan Plato. 

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments