Faedah Ringkas Khutbah Eidul Adha Masjid Negara 2021 Covid Aidilh Adha

 OLEH: Shahrul Aiman


Faedah Ringkas Khutbah Masjid Negara

20 Julai 2021

Cabaran Dan Pengorbanan.


-    Kepada mereka yang tidak berkesempatan mengerjakan haji, janganlah bersedih. Teruskan berdoa agar wabak ini diangkat.

-    Kita berhadapan dengan berbagai bentuk cabaran. Seharusnya kita sedar bahawa kita adalah makhluk sosial yang tidak mampu hidup sendirian.

-    Ketika kita mempunyai kelebihan rezeki yang membolehkan kita untuk berkorban, alangkah baiknya sekiranya kita tidak menunda.

-    Yakinlah korban kita akan diterima oleh Allah subhanahu wa ta’ala, dan akan dilipatgandakan pahhalanya kerana membantu orang lain yang mengalami kesusahan dan kedukaan.

-    Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang Mukmin, maka Allâh melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang kesulitan (dalam masalah hutang), maka Allâh Azza wa Jalla memudahkan baginya (dari kesulitan) di dunia dan akhirat.

-    Walau apa jua keadaan dan perkara berlaku, Iedul Adha tidak boleh kehilangan makna dan intipatinya.

-    Ambillah hikmah keteguhan dan keikhlasan nabi Ibrahi ‘alaihi salam yang sanggu mengorbankan sesuatu yang palin dicintainya.

-    Berkorbanlah sebahagian harta yang kita miliki bagi membantu ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan sesiapa jua yang sedang dalam kesusahan.

-    Korbankanlah masa tidur untuk bertabuat dan munajat kepada Allah.

-    Korbankanlah keseronokkan dan hiburan yang sia-sia kepada menumpukan pembaikan diri. Kerana hiburan yang sia-sia itu, tidak akan membantu kita menghadapi hari perbicaraan di mahsyar kelak.

-    Khatib mengingatkan para pemimpin dan seluruh rakyat perlulah menumpukan sepenuh usaha dan tindakan dalam mengekang wabak covid-19.

-    Hentikanlah perbalahan yang sia-sia. Bersimpatilah kepada rakyat, kerana ketamakkan menjadikan rakyat pula yang menjadi mangsa.

-    ”Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” Surah al-A’raf (96)


*Teks ini mempunyai gubahan kata oleh penyunting namun tidak melarikan makna insyaAllah.


Rujukan penyunting : 

https://almanhaj.or.id/12363-membantu-kesulitan-sesama-muslim-dan-mnuntut-ilmu-jalan-menuju-sutga.html

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3147-bayan-linnas-siri-ke-168-meraih-keberkatan-negara-inilah-yang-kita-cita-citakan



[Gerakan PENA Malaysia]



Comments