Penghinaan Sufiyyah Terhadap ilmu, al-Quran, Hadith Dan Ilmu Hadith

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Segolongan sufiyyah menganggap hadith-hadith Nabi sebagai kulit. Menurut mereka ilmu sebenar ialah ilmu ladunni (iaitu ilmu batin dan hakikat) yang diambil terus dari Allah. Mereka menamakannya sebagai ilmu tasawwuf (yang sebenarnya syirik). Golongan seperti ini adalah kuffar. 

Sufiyyah juga mencipta hadith-hadith palsu, menyebarkan hadith-hadith palsu dan anti hadith-hadith sahih. Sufiyyah mensahihkan hadith palsu dan mendaifkan hadith sahih sesuka hati mengikut hawanafsu mereka, tidak mengikut manhaj ilmu Mustalah dan Usul al-Hadith. 

Dalam tasawwuf Ibn 'Arabi al-kafir al-kazzab,  harus menolak hadith yang jelas sahih melalui kashf.

Ibnu ‘Arabi berkata, “Kadangkala suatu hadith sahih yang diriwayatkan oleh para perawinya, tampak hakikat keadaannya oleh seseorang mukasyaf (sufi yang mengetahui ilmu ghaib dan batin). 

Ia bertanya kepada Nabi secara langsung: “Apakah engkau mengatakannya?” 

Maka Nabi mengingkari seraya berkata: “Aku belum pernah mengatakannya dan belum pernah menghukuminya sebagai sahih.” 

Ibn ‘Arabi berkata, 

Maka diketahui dari sini lemahnya hadith tersebut dan tidak boleh diamalkan sebagaimana keterangan dari Rabbnya walaupun para ulama mengamalkannya berdasarkan isnadnya yang sahih.” 

(Ibn 'Arabi, al-Futuhat al-Makkiyah).



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments