Troli dan Akhlak Kita

 OLEH: Ustaz Ahmad Hasyimi

Pernah nampak kan troli pasaraya di tinggal di tepi jalan? 

Tidakkah ada rasa bersalah untuk tidak meletakkan di tempat yang sepatutnya atau di tempat yang senang bagi pekerja-pekerja ambil. Kadang-kadang kesian tengok pekerja-pekerja menggambil balik troli yang digunakan dan diletakkan merata-rata. Ala itu kerja mereka..ya itu kerja mereka tapi kerja kita? Ambil di tempat lain, letak di tempat lain malah jauh dari pasaraya tersebut. 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ

Dari Abi Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Aku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam syurga kerana dia telah membuang kayu yang berjuntai dijalan dan kayu tersebut menganggu orang yang lalu”  (HR Muslim No: 4745) Status: Hadis Sahih.

Itu baru membuang kayu di tepi jalan inikan memudahkan kerja orang, insya Allah besar ganjaran yang akan kita dapat. 

Kembali kan troli di tempat asal juga merupakan salah satu perkara yang menjadikan bangsa kita bangsa yang bertamadun di era modenisasi. 

Jom ubah diri! Betulkan yang salah, biasa kan yang betul.

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat.

[Gerakan PENA Malaysia]


Comments