Siapakah ‘alim faqih dan ustaz?

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Syarat pertama bagi alim ustaz ialah ; 

Salafi aqidah,

Menghafaz al-Quran (11-30 juz) dan mempelajari tafsirannya,

Menguasai ilmu-ilmu berkaitan al-Quran, termasuklah ilmu hadith, ilmu tawhid, ilmu fiqh al-Quran (ahkam al-Quran), athar-athar Sahabat, Tabi’in dan Atba’ Tabi’in, 

Termasuk juga ilmu-ilmu alat. 



Oleh itu seorang alim ialah yang membaca Tafsir al-Tabari, Ibn Kathir, al-Qurtubi, al-Baghawi, dan tafsir-tafsir moden seperti Tafsir Ibn ‘Ashur, al-Shinqiti, al-Sa’di, Tafsir Muyassar, Muktasar fi al-Tafsir dll. 

‘Alim, faqīh dan ustaz sebenar adalah muslim yang menghafaz Al-Quran dan mempelajari tafsir nya


Ad-Dahhāk (w102H) seorang mufassir masyhur dan thiqah dalam ilmu tafsir berkata, 

حَقٌّ عَلَى كُلِّ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ أَنْ يَكُوْنَ فَقِيْهًا. 

“Selayaknya setiap orang yang mempelajari Al-Quran menjadi seorang faqih (alim ustaz).”


وتَلا قول الله: كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ

كُونُواْ رَبَّنِيِّۦنَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَٰبَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ

(آل عمران - 79)

Beliau membaca “...jadilah kamu rabbāniyyīn (ulama’, hulama’, hukama’) kerana kamu mengajar Al-Quran dan mempelajari (dengan ikhlas sepanjang hayat serta mengamalkan nya...” (Ālu ‘Imran: 79)


Berkata Ibn Kathir, tadrusun tahfazun alfazah. (yakni membaca dan menghafaznya)

Dibaca juga “...bima kuntum ta’lamun al-kitab : tafhamun al-kitab. 

Lihat Tafsir al-Qurtubi; Siyar A’lam.

Tanda ‘alim yang sadiq (benar dan jujur) ialah dia mengajar ilmu-ilmu asas terlebih dahulu. Bukan bermula dengan kitab-kitab besar seperti Sunan Sittah

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments