OLEH: Dr Idris Sulaiman
Sebahagian menyangka bahawa ayat surah al-Kafirun ini menunjukkan kebebasan manusia untuk memilih mana-mana agama, Islam atau kufur termasuklah untuk murtad daripada agama Islam, nauzubillah.
Mereka turut berdalilkan ayat “Tidak ada paksaan dalam agama.” [al-Baqarah, 2: 256]
Tafsiran ini salah.
Imam Ibnu Kathir dalam kitab Tafsirnya menegaskan bahawa ayat "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku" ialah penegasan setiap Muslim berlepas diri daripada kekufuran, dan bahawasanya Muslim tidak menyembah apa yang disembah oleh orang-orang kafir, sebagaimana orang-orang kafir juga tidak menyembah Allah ﷻ ataupun mengesakannya.
Dengan kata lain, tidak ada persamaan antara agama Islam dan agama kufur; agama tauhid dan agama syirik.
Itu maksud ayatnya.
Demikian ayat “Tidak ada paksaan dalam agama” sama sekali tidak bermaksud Muslim bebas untuk murtad tanpa sebarang ramifikasi.
Sebaliknya ia bermaksud tidak boleh memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam.
Ini kerana Islam ialah penundukan hati dan jiwa kepada agama Allah, bukan sekadar lahiriah luaran anggota.
Maka Allah ﷻ jualah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya dengan melapangkan hatinya menerima Islam.
Adapun mereka yang hatinya dibutakan oleh Allah ﷻ maka tidak ada gunanya untuk memaksanya memeluk Islam.
Demikian maksudnya.
CATATAN
Alhamdulillah, semalam ramai juga yang berminat dengan buku Syarah Hadis 40 yang baru diterbitkan. Ada juga dari negara jiran. Terima kasih atas sokongan.
Jazakumullahu khaira.
Comments
Post a Comment