OLEH: Abu Aqif
1. Takbiratul ihram, sama seperti solat-solat lain.
2. Bertakbir 7 kali sebelum membaca Al-Fatihah.
Boleh memilih untuk mengangkat atau tidak mengangkat tangan ketika takbir-takbir tersebut, kedua-duanya mempunya dalil yang kuat. Dalil tidak mengangkat tangan rujuk Ahkamul Idain, hal. 20, dalil mengangkat tangan rujuk Zadul Maad, 1/425.
* Penulis cenderung untuk tidak mengangkat tangan ketika takbir-takbir tersebut.
3. Tidak ada riwayat dalam mana-mana hadis sahih disunnahkan membaca bacaan tertentu di antara takbir-takbir. Yang ada cuma dari atsar dari Ibnu Mas'ud ุฑุถู ุงููู ุนูู yang diriwayatkan Al-Baihaqi 3/291 dengan sanad yang jayyid (bagus) iaitu,
ุจََْูู ُِّูู ุชَْูุจِْูุฑَุชَِْูู ุญَู ْุฏُ ِِّููู ุนَุฒَّ َูุฌََّู، َูุซََูุงุกٌ ุนََูู ุงَِّููู
"Di antara tiap dua takbir diucapkan pujian dan sanjungan kepada Allah Azza wa Jalla"
Maka, boleh berzikir memuji Allah, boleh berselawat ke atas Nabi dan boleh sahaja berdoa.
Tambahan penjelasan video: https://youtu.be/sG9COzh5ASs
4. Membaca Al Fatihah, dilanjutkan dengan membaca surah lain.
Rakaat pertama Nabi ๏ทบ baca surah Qaaf. Rakaat kedua Nabi ๏ทบ baca surah Al Qomar. [Rujuk HR. Muslim no. 891].
Nabi juga membaca surah Al A'laa di rakaat pertama dan surah Al Ghasiyah di rakat kedua. Jika hari raya jatuh pada hari Jumaat Nabi baca kedua surah ini di kedua-dua solat raya dan solat Jumaat. [Rujuk HR. Muslim no. 878].
5. Selepas habis membaca surah dilanjutkan dengan gerakan solat seperti biasa seperti rukuk, iktidal, sujud, dan sebagainya.
6. Bertakbir ketika bangkit untuk mengerjakan rakaat kedua.
7. Bertakbir 5 kali sebelum membaca Al-Fatihah.
8. Membaca surah Al Fatihah dan surah lain sebagaimana yang telah disebutkan di atas.
9. Mengerjakan gerakan solat lain sehingga salam.
Comments
Post a Comment