Berdiam Diri Tidak Melarang Tokok Tambah Dalam Agama

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Orang yang berdiam diri membiarkan perkara-perkara tokok tambah dalam agama diamalkan tanpa melarangnya sebenarnya telah mengabaikan tanggungjawab nahi mungkar sekalipun dalam masa yang sama dia mengajak masyarakat kepada kebaikan (amar makruf).

Ini kerana Muslim bukan hanya diwajibkan amar makruf (mengajak kepada kebaikan) malah diperintahkan supaya menunaikan tanggungjawab nahi mungkar.

Sebagaimana firman Allah ﷻ:

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran.”

[Al-Quran, Aali Imran, 3:110]

Ini bererti pelaksanaan kewajipan amar makruf tidak akan lengkap tanpa nahi mungkar.

Termasuklah antara kemungkaran yang perlu dilarang ialah perkara-perkara tokok tambah dalam agama yang sekian banyaknya tersebar dalam masyarakat.

Kerana Nabi ﷺ bersabda:

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ، وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ، ‌وَشَرُّ ‌الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ.

“Sesungguhnya sebaik-baik ucapan ialah Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad. Sedangkan seburuk-buruk perkara ialah hal-hal yang diada-adakan, dan semua bidaah ialah sesat.”

[Sahih. Riwayat Muslim, no. 867]

Justeru wajib atas setiap Muslim melaksanakan kewajipan nahi mungkar ini sedaya upaya.

Kata Imam Malik bin Anas:

السُّنّة سَفِينَةُ نُوحٍ مَنْ رَكِبَهَا نَجَا وَمَنْ تَخَلَّفَ عَنْهَا غَرِق.

“Sunah Nabi ﷺ adalah ibarat bahtera Nabi Nuh barang siapa menaikinya selamat dan barang siapa tidak maka dia akan lemas.”

[Dzam al-Kalam oleh al-Harawi, 4/124]

Hanya dengan berpegang teguh kepada al-Sunah dan menjauhi segala apa yang menyalahinya Muslim akan selamat.



[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments