Bahaya Ujub

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Ujub berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud angkuh, ego dan kagum dengan diri sendiri.

Orang yang ujub melihat dirinya memiliki sesuatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Sifat mazmumah ini haram bahkan dosa besar.

Kerana itu Nabi ﷺ memberi ancaman akan bahaya sifat ini.

Sabda Nabi ﷺ:

ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ ...شُحٌّ مُطَاعٌ، وَهَوًى مُتَّبَعٌ، وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ.

“Tiga perkara yang membinasakan... sifat bakhil yang dituruti, nafsu yang ditaati dan rasa ujub seseorang itu dengan dirinya sendiri.”

[Hadis hasan. Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat]

Beza antara ujub dengan takbur adalah ujub perkara batin sedangkan takbur perkara zahir, dan daripada sifat ujub datang sifat takbur apabila orangnya memandang rendah orang lain, berjalan dengan angkuh serta menolak perkara-perkara hak.


Justeru kata Imam Ibnu Abdul Bar:

“Siapa yang kagum dengan pendapatnya akan sesat, siapa yang hanya bergantung dengan akalnya akan tergelincir, siapa yang menyombongkan dirinya akan jadi hina, dan siapa yang bergaul dengan orang-orang buruk akan dikeji. Sedangkan mereka yang berdamping dengan ulama akan dihormati.”

[Jami’ Bayan al-Ilm, 1/143]


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI



Comments