Musibah dan Kata-kata

OLEH: Taufiq Tuah


Baru-baru ini ada beberapa ujian menimpa. Anak saya emergency perlu ke hospital. Saya terus bergegas pandu tak ingat dunia dengan laju sekali terus ke hospital.

Asbab pemanduan yang sangat tak hemat bercampur jalan di Klang yang memang nauzubillah, ketika emergency itu lah dengar tayar meletup.

Isteri pun tanya "nak berenti tengok ke?" Tapi saya teruskn juga memandu. Hasbunallah wani'mal wakeel. Bismillah dan lebih menambah pecut. Hospital yang biasanya ambil masa 40 minit ke sejam perjalanan, pada hari itu hanya ambil masa 20 minit. Alhamdulillah ketika menulis ini, anak saya telah pun keluar dari wad.

Asbab pemanduan tadi, rupanya 3 tayar kereta perlu diganti. 1 tayarnya pecah. 1 tayarnya keliling dah tinggal benang. 1 lagi botak licin bahagian dalam. Begitulah ujiannya kami pada hari itu.

Selepas semuanya selesai diharungi, teringat pula beberapa perkara tentang musibah.


1. Mungkin saja musibah ini datang kerana inilah asbab Allah nak ampunkan dosa kita.

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:

Tidaklah seorang muslim itu ditimpa musibah baik berupa rasa lelah, rasa sakit, rasa khawatir, rasa sedih, gangguan atau rasa gelisah sampaipun duri yang melukainya melainkan dengannya Allah akan mengampuni dosa-dosanya. [HR Bukhari dan Muslim]


2. Pastilah ada hikmahnya dan Allah pasti akan ganti yang lebih baik. Apatah lagi memang ada doa dari hadith,

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya”.

[HR Muslim, 918]


3. Jangan berkata hal yang tak diredhai Allah ketika berlaku musibah. Jika tak tahu nak cakap apa yang baik, maka senyap.

Namun, antara ungkapan yang boleh kita sebut ialah, "Astaghfirullah" kerana kita tak menolak kemungkinan musibah ini kerana dosa kita. Boleh juga sebut "Qadarullah wa maa syaa-a fa'ala" yang bermaksud "ketentuan Allah dan apa yang dikehendaki-Nya". Juga boleh sebut "Alhamdulillah Ala Kulli Hal" yang bermaksud "Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan".

Memahami setiap ungkapan ini sebenarnya membuat kita lebih tenang ketika menghadapi sesuatu ujian.


4. Kemudian saya ada baca kes kematian di internet. Lalu ada komen berbunyi , "kalau dia buat seperti sekian-sekian pasti dia tak jadi macam ni".

Sedangkan ajal akan tetap ajal. Tak perlu cuba "correction" takdir. Malah perkataan "kalau" ini pun sebenarnya bahaya.

"Sekiranya sesuatu menimpa kamu maka janganlah kamu ucap 'kalau' aku buat seperti itu dan ini tetapi ucaplah Allah telah menetapkan apa yang Dia kehendaki dan lakukan. Sesungguhnya perkataan 'kalau' membuka peluang kepada syaitan untuk merosakkan akidah". [HR Muslim]

Wabillahitaufiq


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI




Comments