Demonstrasi dan Taat Pemerintah

 OLEH: Mukhtaruddin Sahid




Mungkin ada dari kalangan reformis pro-demontrasi yang teruja dengan tumbangnya pemerintahan yang dianggap korupsi dan zalim hasil 'kebangkitan rakyat' melalui demontrasi besar-besaran. Kata mereka, inilah caranya rakyat mengajar pemimpin yang zalim.

Namun apabila kita ingatkan perlunya rakyat menjauhi demonstrasi, bersabar atas kezaliman pemerintah, memperbaiki akhlak dan muhasabah diri, menasihati pemerintah dengan baik, mungkin ada pihak yang sinis melihat ia sebagai alat untuk para diktator mengekalkan cengkaman kuasa dan penindasan.

Tapi mereka lupa demonstrasi juga boleh dijadikan alat untuk sesiapa sahaja yang tidak puashati dengan pemerintah, untuk menghasut rakyat melakukan penentangan atas kerajaan - meski kerajaan itu baik dan adil. Ya, kerana 'keadilan' itu subjektif dan relatif dimata para reformis. Boleh saja kita puashati, namun tidak bagi mereka. Terkadang, fitnah boleh direka dan disemarakkan dengan kebencian.

Jadi jangan teruja sangat dengan demontrasi, ia boleh menjadi senjata makan tuan.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments