Benarkah Shaikh Al-Albani Menyatakan Tiada Jihad Di Palestin?

OLEH: Zulfikar Egar

Malam 17 januari 2017 tadi di Yayasan Ta'lim telah diadakan satu kuliah Khas yang bertajuk " Syeikh Nasiruddin Al- Albani Yang Ku Kenali" disampaikan oleh Syeikh Salim Eid Al Hilali - murid utama Syeikh Al-Albani. Penterjemah pula oleh Ustaz Muhammad Fashan.

Ketika sesi soal jawab. Satu soalan mengenai Fatwa kontroversi Syekh Al-Albani mengenai Jihad di Palestin telah ditanya oleh hadirin.

Berikut saya salin semula dari tulisan Ustaz Abu Asma' yang turut mendengar semalam👇

***********************************

Menjawab tuduhan ke atas Syaikh Albani rahimahullah kononnya beliau berfatwa  "takda jihad di palestin".

Jawab Syaikh Salim al-Hilali:

"Syeikh al-Albani tidak pernah mengeluarkan fatwa yang menyuruh rakyat Palestin keluar negara apabila di serang Israel"

Kata Syeikh lagi:

"...Yang ada adalah; seorang lelaki dari Palestin bertanya pada syeikh al-Albani bagaimana jika aku tidak dapat menjalankan/menegakkan Islam di negara sendiri disebabkan tekanan oleh pihak kuffar...jawab syeikh al-Albani; keluar dari negara itu dan berhijrah ke negara lain seperti dalam hadith 'seseorang lelaki membunuh 99 nyawa yang pada akhirnya dia bertemu dengan seorang 'alim yang menyuruhnya meninggalkan kaumnya'..."

Daurah Syeikh Salim Eid al-Hilali
Yayasan Ta'lim

************************************

Shaikh Salim Ied al-hilaliBro. Mohd. Khairi Awang
Fatwa Syekh Al-Albani itu untuk invidu tersebut (lelaki Palestin tu) bukan untuk seluruh rakyat Palestin.

Syeikh Salim Eid Al Hilali juga menyatakan beliau masih lagi menyimpan fatwa-fatwa daripada Syeikh Al-Albani samada yang tulisan tangan mahupun rakaman audio (kaset).

Semoga Allah SWT merahmati Syeikh Nasiruddin Al Albani dan mengampuni kita semua.

Wallahualam.









___________________________

  Zulfikar Egar
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments