OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
Perbuatan mereka tidak ubah seperti wanita-wanita zaman Umawiyyah yang mengerjakan haji untuk memperagakan kecantikan diri sebagai mengambil kesempatan daripada larangan berniqab semasa ihram dan keramaian lelaki, sehingga dikatakan dalam sebuah syair:
من اللائي لم يحججن يبغين حسبة ... ولكن ليقتلن البريء المغفلا
"Daripada kalangan perempuan yang menunaikan haji bukan kerana mengharapkan pahala, tetapi untuk membunuh lelaki yang tidak berdosa dan yang dilalaikan."
Kami tidak benci kalau mereka melakukannya kerana jahil, jarang-jarang, atau dengan rasa malu; tetapi kalau siang malam menayang rupa, rapat ke muka menonjolkan mata, dan walaupun puas ditegur tapi masih enggan berundur, jelas mereka melakukannya dengan sengaja dan bukannya terlanjur.
Dan kini, daripada hijabista mereka berevolusi menjadi niqabista!
___________________________
~Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi~
Asatizah PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment