Jangan Membazir Ketika Berwudhu

OLEH: Ustaz Ahmad Hasyimi

‘Abdullah ibn ‘Amr ibn al-‘Ash meriwayatkan,

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِسَعْدٍ وَهُوَ يَتَوَضَّأُ

Nabi s.a.w lalu di tepi Sa’d ketika dia sedang berwudhu,

فَقَالَ: مَا هَذَا السَّرَفُ يَا سَعْدُ؟

Lalu Nabi bertanya, “Kenapa membazir air ini, Sa’d?”

قَالَ: أَفِي الْوُضُوءِ سَرَفٌ؟

Sa’d bertanya, ‘Berwudhu pun ada pembaziran?’

قَالَ: نَعَمْ، وَإِنْ كُنْتَ عَلَى نَهْرٍ جَارٍ

Nabi menjawab, “Ya.. walaupun engkau berwudhu di dalam sungai yang mengalir!”

[HR Ahmad & Ibn Majah]

Pengajaran?

Jangan berlebihan menggunakan air ketika berwudhu dan mandi. Memadai 3 kali mengulang basuh. Sederhana membuka pili air. Jangan terlalu lama ketika membasuh anggota badan. Elakkan was-was. Segera tutup pili atau paip air ketika tidak menggunakan air atau setelah selesai.

Nak tengok pesta membazir air? Lihat pada hari Jumaat!

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!





















___________________________
~Ustaz Ahmad Hasyimi~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments