OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Imam As Syafie meninggalkan Baghdad lalu menuju Mesir pada tahun 200 kerana golongan zindiq dan sufi makin berluasa di sana.
Pada Imam As Syafie, aqal kaum sufi akan gagal digunakan lantaran upaya pembodohan adalah unsur utama bagi mazhab tersebut.
Ibn Jauzi menukil ucapan As Syafie dalam Talbis Iblis: "Ajaran tasawuf itu dibangun atas dasar rasa malas".
Termasuk disitu adalah malas menuntut ilmu, malas mencari dalil dan malas untuk menggunakan aqal sehinggalah malas menggigit sunnah Nabi.
Malah proses menjadi tolol sangat pantas pada seorang sufi, hinggakan ia boleh berlaku dalam setengah hari. Lihatlah perkataan As Syafie yang dinukil oleh Al Baihaqi:
"Jika seandainya seorang lelaki mengamalkan tasawuf di awal siang, maka tidak akan sampai kepadanya zuhur kecuali dia menjadi bodoh" (Al Manaqib Al Imam As Syafie)
Manakala Ibn Jauzi pula membawa ucapan As Syafie - dalam bukunya yang sama tentang betapa sukar untuk seorang sufi mampu kembali berfikir dengan waras:
"Tidak ada seorang pun melazimi golongan sufi selama 40 hari, kemudian akalnya boleh kembali (seperti sediakala)".
Imam As Syafie telah bergaul dan meneliti keadaan ahli sufi, bukan sehari tapi berpuluh tahun.
Sehinggalah beliau mempunyai banyak perkataan keatas mereka, yang semuanya bernada negatif.
Namun ada juga pendokong Sufi memetik ucapan As Syafie yang kononnya Imam tersebut masih memihak pada mazhab tersebut.
Lalu mereka bawakan ucapan sang Imam yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi, namun lebih molek kita renung ucapan yang lebih panjang dari Ibn Jauzi di bawa ini:
"Aku telah mendampingi golongan sufi selama 30 tahun, aku tidak melihat seorang pun dalam kalangan mereka berakal kecuali Muslim Al Khawwas".
Apakah ucapan ini dikeluarkan setelah penelitian singkat atau menelan waktu yang sangat lama?
Dan apakah ucapan ini sebuah pujian atau lebih berupa pengkhususan pada Muslim Al Khawwas?
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Pujian imam as syafie hanya untuk muslim al khawwas manakala yg lain di kritik dengan nada negatif.
ReplyDeleteSetelah lama berdamping dengan golongan sufi baru nampak siapa yang berakal.
ReplyDeleteSiapa Muslim Alkhawwas ?
ReplyDelete