OLEH: Dr Idris Sulaiman
Ramai mungkin mengeluh tentang kenaikan harga barang semasa.
Harga rumah, harga kereta, barang keperluan harian dan sebagainya.
Sedar atau tidak ia kesan daripada riba yang diamalkan hampir dalam semua sektor ekonomi.
Sedangkan Allah ﷻ telah mengingatkan tentang perkara ini dalam firmanNya ﷻ:
يَمۡحَقُ ٱللَّهُ ٱلرِّبَوٰاْ وَيُرۡبِي ٱلصَّدَقَٰتِ
“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (keberkatan harta yang dikeluarkan) sedekah dan zakatnya."
[Al-Quran, al-Baqarah, 2:276]
Tambah lagi, Islam mengharamkan riba, mengiranya sebagai dosa besar dan Allah ﷻ memerangi mereka yang terlibat dengannya.
Firman Allah ﷻ:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ. فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡب مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ.
“Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang beriman. Jika kamu tidak berbuat demikian maka ketahuilah bahawa Allah dan RasulNya memerangi kamu.”
[Al-Quran, al-Baqarah, 2:279]
Daripada Jabir, katanya:
لَعَنَ رسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبا ومُوكِلَهُ وكاتِبَهُ وشاهِدَيْهِ.
“Rasulullah ﷺ melaknat orang yang memakan riba, orang yang memberi makan riba, penulisnya (perjanjian transaksinya) dan kedua-dua saksinya”.
[Sahih. Riwayat Muslim]
Ini perkara serius, tidak boleh dipandang ringan.
Sedangkan pendekatan mengajar para pelajar sekolah seawal darjah 6 tentang riba dengan istilah ‘faedah’ seolah-olah ia baik dan halal sangat tidak kena.
[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan KLIK DI SINI
Comments
Post a Comment