Kenapa Syiah Melebihkan Hussein Berbanding Ali?

OLEH: Zulfikar Egar

Banyak persoalan yang timbul mengapa Imam-imam syiah yang 12 ini datang daripada keturunan Hussein bin Ali R.A. Sedangkan Imam yang kedua selepas Ali bin Abu Talib R.A adalah Hassan bin Ali R.A.

Mengapa tidak ambil anak daripada Hassan? Kenapa hanya ambil anak daripada Hussein?

Sepatutnya Hassan bin Ali R.A yang layak kerana beliau anak yang lebih tua. Tetapi orang syiah mengata itu adalah wahyu. Bagaimana boleh kata wahyu sedangkan pecahan-pecahan syiah pun khilaf atau berbeza bagi menentukan Imam-imam ini?

Sebenarnya ada tiga kecenderungan yang menyebabkan mengapakah orang syiah lebih sayang kepada Hussein bin Ali R.A berbanding abangnya Hassan bin Ali R.A.

1) Berkahwin dengan anak perempuan Kisra Parsi
Hussein bin Ali R.A ada berkahwin dengan anak perempuan raja Parsi. Sepertimana abangnya Hassan Bin Ali R.A yang ada ramai anak. Hussein pun ada ramai anak daripada isteri yang lain. Tetapi hanya anak dari zuriat anak perempuan raja Parsi sahaja yang dipilih.

Kisra Parsi dianggap sebagai jelmaan tuhan. Hussein bin Ali R.A pula cucu nabi. Jadi secara tidak langsung, zuriat Hussein daripada anak perempuan raja Parsi dianggap lebih mulia.

2) Perletakan jawatan sebagai Khalifah
Disebabkan Hassan bin Ali R.A telah meletakkan jawatan sebagai khalifah. Maka beliau dianggap telah melakukan kesalahan.

Dalam ajaran syiah, khalifah tidak boleh letak jawatan. Sebab jawatan khalifah atau Imam pada syiah itu merupakan lantikan daripada tuhan dengan wahyu. Seperti mana nabi tidak pernah letak jawatan, maka khalifah atau Imam pun sepatutnya sebegitu.

Para Nabi dalam sejarah tidak pernah meletak jawatan. Jadi begitu juga pada Imam-Imam syiah. Imam-imam ini tidak boleh letak jawatan kerana Imam ini adalah pilihan tuhan.

Isunya timbul atau bermula bila tiba-tiba sahaja Hassan bin Ali R.A telah meletakkan jawatannya dan menyerahkan jawatan khalifah itu kepada Muawiyah bin Abu Sufyan R.A di mana pada tahun peristiwa itu berlaku, ia dipanggil sebagai tahun perpaduan atau tahun penyatuan antara kaum muslimin.

Oleh itu perbuatan Hassan bin Ali R.A tersebut telah dianggap menyanggahi akidah syiah.

Maka disebabkan itulah orang syiah kurang berbicara tentang Hassan bin Ali R.A. Dan mereka juga kurang menyeru nama Hassan berbanding sering menyeru nama Hussein.

3) Hussein bin Ali R.A dibunuh dengan kejam
Faktor ketiga yang membuatkan orang syiah cenderung kepada Hussein bin Ali R.A adalah disebabkan Hussein bin Ali R.A telah dibunuh dalam keadaan dizalimi.

Hussein bin Ali R.A dibunuh dalam keadaan tidak diberi makan dan tidak diberi minum. Bahkan Hussein bin Ali R.A ini turut dipancung kepalanya sewaktu dibunuh. Jadi kisah kematian cucu baginda nabi ini digunakan untuk mempengaruhi para pengikut syiah untuk meratapinya.

Jadi bila mana orang syiah gunakan Hussein bin Ali R.A sebagai seorang tokoh yang dizalimi, cucu nabi yang dipancung. Diceritakan juga pada waktu Hussein bin Ali R.A dibunuh atau dipancung langsung tidak diberi makan dan minum hingga mati dalam keadaan lapar.

Secara tidak langsung ia lebih mudah mendapatkan emosi manusia. Tragedi kematian Hussein bin Ali R.A yang sungguh tragis ini lebih mudah mendapatkan emosi. Ini kerana orang ramai lebih mudah atau suka cerita-cerita yang mengalirkan airmata walaupun bohong.

Dikatakan bohong kerana orang syiah lah penyebab kematian Hussein bin Ali R.A sebenarnya. Mereka yang menjemput Hussein bin Ali R.A dan keluarganya ke Kufah, namun akhirnya mereka jualah yang membunuhnya.

Pembunuhan Hussein bin Ali R.A tidak ada kaitan pun dengan Khalifah Yazid bin Muawiyah.

Dan faktor kisah pembunuhan ini jugalah menjadi kecenderungan syiah pada Hussein bin Ali R.A hingga kaum syiah merayakannya pada hari Asyura kononnya untuk mengingati penderitaan Hussein bin Ali R.A.

Wallahualam.


___________________________
~Zulfikar Egar~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments