Majlis Buka Puasa Di 'Pub' Arak Dan Rumah Ibadat Agama Lain?

OLEH: Ustaz Idris Bin Sulaiman


Bagaimana agaknya sekiranya ada yang ingin mengadakan jemputan ke majlis berbuka puasa di pub kedai minuman arak?

Syukur alhamdulillah, masyarakat Islam negara belum terpesong rosak ke tahap itu.

Jelas ia tidak wajar, malah ia mungkar tercela apabila tempat-tempat maksiat sedemikian dikunjungi dan dipilih sebagai tempat majlis.

Bagaimana pula dengan rumah-rumah ibadat agama lain?

Bagaimana pula dengan mengadakan majlis berbuka puasa di SYNAGOGUE (rumah ibadah Yahudi), GEREJA atau KUIL?

Subhanallah, barangkali mungkin ada yang keliru membenarkannya atas alasan, apa salahnya, inikan baik?

Jika tempat-tempat maksiat seperti 'pub' dilihat tidak sesuai, bagaimana pula tempat-tempat SYIRIK dikatakan tidak mengapa?

Bukankah antara MAKSIAT dengan SYIRIK, SYIRIK lebih berat dan lebih bahaya?

Firman Allah:

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
"Sesungguhnya SYIRIK itu adalah KEZALIMAN yang PALING BESAR ".
[Surah Luqman, 13]

Realitinya, ini adalah selangkah ke arah PLURALISMA!

Iaitu kepercayaan bahawa SEMUA AGAMA adalah SAMA!

Maka soal sama ada berbuka puasa di masjid, gereja atau kuil, menurut mereka ia semua sama, tiada bezanya. Kerana kita semua MENYEMBAH TUHAN YANG SAMA! Demikian menurut mereka.

Sungguh ini adalah DUSTA yang BESAR.

Sesungguhnya hanya Agama Islam yang diterima Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.


___________________________
~Ustaz Idris Bin Sulaiman~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments