OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Keturunan Nabi Ismail as bertauhid dan menyembah Allah tanpa syirik, sampailah mereka disesatkan oleh 'Amr Al Khuzaa'i. Daripada dia inilah Bangsa Arab mula melakukan syirik pada sisi penyembahan (Ibadah) walau tetap mengimani bahawa Allah Ta'ala lah yang menciptakan (Ar Rububiyah).
Rasulullah saw bersabda: "Aku melihat 'Amr Bin 'Aamir Al Kuzaa'i mengheret ususnya di neraka. Dia adalah orang pertama kali yang melakukan saibah" (HR Al Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain, Nabi bersabda: "Dia ('Amr Al Khuzaa'i) adalah orang yang pertama kali mengubah agama Ismail, dia telah menegakkan berhala, mengadakan bahiroh, saibah, wasilah, dan haami" (diriwayatkan olejh Ibnu Ishaq dalam Sirahnya, juga dinukil oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari)
Tandaan:
- bahiroh : unta betina yang telah beranak lima kali, dan anak yang kelima itu jantan, maka unta betina itu dibelah telinganya lalu dilepaskan, tidak lagi boleh ditunggangi dan tidak boleh diambil susunya
- saibah : unta betina yang dibiarkan pergi ke mana saja kerana nazar
- washilah : adalah seekor kambing betina yang melahirkan anak kembar jantan dan betina, maka anak kambing yang jantan itu mereka sebut sebagai wasilah. Menurut mereka, kambing wasilah tidak boleh disembelih, dan diserahkan kepada berhala
- ham : adalah unta jantan yang tidak boleh diganggu dan diapa-apakan kerana telah dapat membuntingi unta betina sepuluh kali
___________________________
~Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________
NasDaily tu ke?
ReplyDelete