Disebalik Ponggal Ada Apa?

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

[SEJARAH]
(1) Dewi Katyayani - salah satu bentuk penjelmaan Dewi Durga - disembah dalam perayaan ini.

Dia dikenal sebagai Dewi Peperangan. Dewi Katyayani ini adalah simbol sakti, pengetahuan, keberanian dan orang yang menyembahnya akan diberkati dengan sifat-sifat ini.

(2) Gadis-gadis muda melakukan puasa untuk Perayaan Ponggal dan dipercayai bahawa puasa akan membawa kekayaan yang berlimpah, kemakmuran dan tanaman yang subur untuk tahun yang akan datang.

(3) Kemudian pada zaman Dinasti Pallava, mereka merayakan 'Pavai Nonbu' dimana ia disambut pada bulan Margazhi. Gadis-gadis muda akan menyembah Tuhan agar Dia menurunkan hujan sehingga membuka jalan untuk membawa kemakmuran bagi manusia. Sepanjang bulan perayaan ini, mereka tidak meminum susu atau menggunakan produk tenusu. Mereka tidak meminyaki rambut mereka dengan minyak

(4) Pada asasnya Pongal bermula pada zaman lampau dan mempunyai kepentingan utama dalam Sanatana Dharma (agama Hindu). Perayaan ini telah disebutkan dalam banyak kitab suci dan buku sejarah.


[MITOLOGI]

(1) Dewa Siva meminta pengikutnya dari lembu bernama Basava untuk turun ke bumi dan melawat manusia agar menyampaikan sebuah pesanan agar mereka melakukan urutan minyak dan mandi setiap hari, manakala hanya boleh makan sebulan sekali. Tetapi Basava tersilap (mungkin keliru) lalu memerintahkan hal yang sebaliknya iaitu makan setiap hari manakala melakukan urutan minyak dan mandi hanya sebulan sekali.

Oleh itu Dewa Siva murka lalu menghukum Basava untuk hidup di bumi selama-lamanya dan membantu manusia membajak ladang dan membanyakkan makanan.

(2) Setelah itu terjadi, Dewa Krishna pada masa kecilnya, memutuskan untuk memberi pelajaran pada Dewa Indra, kerana Dia menjadi terlalu sombong setelah menjadi raja semua dewa. Dewa Krishna pergi menemui para gembala lembu dan menyuruh mereka berhenti menyembah Dewa Indra.

Hal ini membuatkan Dewa Indra marah dan dia membawa badai besar bersama dengan hujan yang berlanjutan selama tiga hari berturut-turut. Melihat musibah ini, manusia pergi ke Dewa Krishna dengan teriakan meminta bantuan.

Kemudian, Dewa Krishna mengangkat gunung Govardhan dengan satu jari. Kejadian ini membuat Dewa Indra menyadari kesalahannya.


[RITUAL & PUJA]

(1) Perayaan Ponggal berlaku selama 4 hari.

(2) Kumkum dan titik kunyit dibuat atas dahi. Kemudian hiasan Rangoli @ Kolam akan dibuat di pintu masuk untuk mengalu-alukan Dewi Laxmi untuk memberkahi mereka pada perayaan tersebut.

(3) Mereka membuang pakaian lama dan membersihkan kawasan rumah bahkan membakar sampah.

(4) Rumah Pemujaan akan dihiasi dengan sangat cantik kerana dipercayai bahawa para dewa akan tiba di rumah dan membawa kesihatan, kemakmuran, dan keharmonian di kalangan ahli keluarga.

(5) Periuk dan belanga akan ditandakan dengan 3 garisan viboodhi (abu tahi lembu suci) yang basah dan meletakkan titik kumkum.

(6) Pada hari kemuncak Ponggal, mereka kena bangun awal dan mula melakukan pemujaan semasa matahari mula terbit sekitar jam 6 pagi

(7) Hari pertama menandakan 'Bhogi Pongal' - Ia dimaksudkan untuk membersihkan dan menghias rumah.

(8) Hari kedua dikenali sebagai 'Thai Pongal'- hari ketika padi baru dituai. Pada hari ini Dewa Surya (Tuhan Matahari) disembah.

Orang-orang berkumpul di rumah mereka untuk memasak hidangan Pongal. Ia ditawarkan kepada Tuhan Surya semasa penyembahan dan kemudian barulah makan tengah hari dihidangkan.

(9) Hari ketiga dikenali sebagai 'Maatu Pongal'- Ia sepenuhnya didedikasikan untuk menghormati lembu yang diwakili oleh seekor lembu.

Lembu tersebut akan dibersihkan kemudian disembah.

(10) Hari terakhir dikenali sebagai 'Kaanum Pongal'- ini dimaksudkan untuk perhimpunan keluarga.

Pada hari ini burung disembah. Beras yang dimasak disediakan dan ditinggalkan untuk burung untuk dimakan.

Orang-orang juga berterima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan atas sokongan mereka semasa musim menuai.

Mereka menghidangkan beberapa lembar daun pisang yang penuh makanan untuk Dewa Surya.

Tepat di tengah rangoli-kolam, patung Dewa Surya juga diletakkan.

CATATAN
Tulisan di atas disaring dari beberapa tulisan yang dimuat naik dalam web Rgyan yang berpusat dari India yang memiliki motto "history - myth - belief".


___________________________
~Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments