OLEH: Ustaz Idris Sulaiman
Situasi pertama:
A menawarkan pinjaman RM50,000 kepada B dengan persetujuan B membayar semula kepada A sebanyak RM100,000 secara ansuran = BANK RIBA = HARAM.
Situasi kedua:
A menawarkan untuk membeli kereta dengan harga RM50,000 kepada B dengan persetujuan B membayar semula kepada A sebanyak RM100,000 secara ansuran = ISLAMIC BANKING = HALAL
Dalam kedua-dua situasi A telah mengeluarkan kepada B sebanyak RM50,000 untuk mendapatkan pulangan RM100,000 secara ansuran.
Hanya sahaja berbeza dengan situasi pertama, dalam situasi kedua A telah MENGUBAH CARA dengan memasukkan transaksi JUAL BELI bagi MENGHALALKAN transaksi pinjaman RIBA itu.
KAUM YAHUDI DILAKNAT
ALLAH menguji kaum YAHUDI dengan MELARANG mereka menangkap IKAN pada hari Sabtu.Kesudahannya pada hari Sabtulah IKAN banyak datang melompat-lompat, tidak seperti pada hari-hari lain.
Ini menyebabkan kaum YAHUDI tidak sabar.
Maka mereka tebarkan jala pada hari JUMAAT dan hanya menariknya dalam keadaan penuh dengan IKAN pada hari AHAD.
Secara teknikalnya mereka tidak menangkap IKAN pada hari SABTU tetapi realitinya IKAN yang dijala pada hari AHAD jelas adalah ikan yang masuk jala pada hari SABTU!
ALLAH melaknat perbuatan mereka itu.
Demikian apabila ALLAH MELARANG atas kaum YAHUDI makan LEMAK, kesudahannya mereka CAIRKAN LEMAK tersebut dan menjualnya serta MAKAN daripada hasilnya.
Sekali lagi ALLAH melaknat perbuatan mereka itu.
Dalam kedua-dua keadaan, apa yang berlaku ialah kaum YAHUDI melakukan TIPU HELAH mencari jalan untuk meraih hasil daripada apa yang ALLAH haramkan.
Kesudahannya jika dilihat secara ZAHIR mereka seolah-olah TIDAK terjebak dalam apa yang diharamkan itu.
Tetapi realitinya mereka telah benar-benar terjebak dalam apa yang HARAM.
Ini kerana sekadar mengubah CARA dan BENTUK luaran TIDAK akan menjadikan yang HARAM menjadi HALAL sekiranya realiti isinya sama.
Sama seperti meletakkan ARAK dalam bekas yang tertera AIR ZAMZAM. Ia tetap HARAM untuk diminum!
SYARIAT ISLAM tidak hanya melihat dari sudut luaran teknikalnya semata-mata, bahkan mengambil kira isi hakikat sesuatu itu.
UMAT ISLAM MENIRU KAUM YAHUDI
Kini hampir sahaja sebahagian UMAT ISLAM terjebak dalam TIPU HELAH seperti yang dilakukan oleh kaum YAHUDI untuk MENGHALALKAN apa yang jelas HARAM dalam transaksi RIBA.Daripada ALLAH jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.
SOLUSI?
Apa yang penting di sini ialah kesedaran tentang hakikat transaksi-transaksi ini. Bahawa ia hanya muslihat permainan.
Solusinya perlu difikirkan bersama.Apa yang penting bagi kita ialah kita sedaya upaya menjauhkan diri daripada hal-hal haram termasuklah riba. Lebih-lebih lagi yang tersembunyi. Wallahul musta'an
___________________________
Ustaz Idris Sulaiman
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment