Arak? Bahaya? Mudharat?

OLEH: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya


Sesiapa sahajakadang-kadang hanya melihat isu ini sebelah mata, sehinggalah suatu hari, ada ahli keluarga kita, atau kita sendiri menjadi mangsa si pemabuk arak ini...Saat itu, kita yang paling dilihat menyokong segala apa jua hukuman yang setimpal buat pemabuk-pemabuk ini...

Mungkin minuman ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan bagi orang Melayu atau orang yang Islam pada namanya di luar sana..

Cuma kita berharap, kelompok yang beriman dengan keharaman arak ini lalu meminumnya masih sedikit peratusan walaupun hadith memberitahu akhir zaman akan ada manusia yang akan " menghalalkan arak". Wallahul Mustaan.

Allah telah mengingatkan firmanNya...

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ
“Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bertujuan mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dengan jalan arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mendirikan solat . Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”
(al-Maidah: 91)

Begitu juga hadith daripada Rasulullah SAW:

اجْتَنِبُوْا الخَمْرَ فَإِنَّهَا مِفْتَاحُ كُلِّ شَرٍّ
Maksudnya: “Jauhilah arak, sesungguhnya arak itu kunci segala keburukan, kefasadan dan kejahatan.”
(Riwayat al-Hakim )


Dalam Athar Uthman Affan Radiyallahu anhu ;

اجْتَنِبُوا الْخَمْرَ فَإِنَّهَا أُمُّ الْخَبَائِثِ
Maksudnya: “Jauhilah arak kerana ia (ibu) punca bagi segala kejahatan dan kerosakan.” 
(Riwayat al-Nasaie )

Malah ada satu hadith yang dilihat menutup pintu penghasilan arak, dan seolah-olah ingin melumpuhkan usaha pembuatan arak oleh orang Islam iu sendiri..

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Moga kita tidak menjadi "Anjing" untuk ibu segala kejahatan ini.



___________________________
Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya
_____________________________

Comments