OLEH: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi
Meminta agar diruqyah (dijampi) hukumnya makruh. Rasulullah ﷺ mengkhususkan ruqyah/jampi hanya untuk penyakit ain dan humah iaitu penyakit disebabkan terkena sengatan binatang berbisa seperti kalajengking.
Rasulullah ﷺ bersabda:
لا رقية إلا من عين أو حمة
“Tidak ada ruqyah kecuali bagi sesiapa yang terkena ‘ain atau humah (sengatan).”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Orang yang sedang sakit dan tidak meminta dirinya diruqyah, namun kemudian orang lain yang datang meruqyah dirinya maka tidak termasuk yang dimakruhkan di sini. Perbuatan yang tepat adalah dengan cara meruqyah diri sendiri dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran atau doa-doa ma'thur dari hadis-hadis yang sahih dan berserah diri kepada Allah SWT.
___________________________
Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment