Polemik Sistem Pemerintahan Beraja (Monarki)

 OLEH: Abu Abdillah MRK

Pemerintahan beraja (sistem monarki) adalah salah satu sistem pemerintahan tertua di dunia, sebelum projek penggulingan raja-raja dilakukan secara besar-besaran oleh Yahudi. Antara projek penggulingan kerajaan monarki terawal ialah sistem monarki Inggeris oleh Parlimen Inggeris yang diketuai oleh Oliver Cromwell pada tahun 1649.

Monarki Perancis menerima nasib yang sama pada tahun 1792 semasa Revolusi

Perancis. Monarki China tidak lagi wujud selepas revolusi Sun Yat-sen pada tahun 1912. Maharaja Korea hilang takhtanya apabila negara Korea diilhak oleh Jepun pada tahun 1910. Selepas kematian khan terakhir pada tahun 1924, Mongolia menjadi republik. Manakala monarki di Portugal digulingkan pada tahun 1910.

Asal sejarahnya, Bani Israel (hari ini dikenali sebagai Yahudi) berdoa kepada Allah agar dipilih seorang raja dari kalangan mereka untuk memimpin peperangan. Lalu Allah memilih seorang pemuda yang bijak dan gagah bernama Talut sebagai raja mereka. Ketika itulah kedegilan dan keangkuhan Bani Israel bermula. 

Mereka menolak Talut sebagai raja atas

alasan dia hanyalah dari kalangan orang biasa. Sejak itu Bani Israel mengingkari raja dan para Nabi yang diangkat dari kalangan bangsa mereka sendiri. Ini dirakamkan oleh Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 246-247.

Bangsa Yahudi yang meminta dilantik raja dan mereka juga yang mengingkari dan menjatuhkannya. Di atas kehancuran aristokrasi semulajadi dan keturunan ini (feudalisme dan monarki), mereka berusaha membangunkan aristokrasi dan monarki baru berasaskan kuasa wang yang dimiliki mereka. Pengkaji Konspirasi terkenal Harun Yahya membongkar komplot misteri yang tersembunyi merancang dan memerintah dunia. 

Satu carta genealogi yang terperinci keturunan dan rangkaian keturunan presiden Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Dinasti Merovingian.

Hal ini sebagaimana dibongkar, "Amerika telah dimiliki dan diperintah oleh keluarga kerajaan yang sama, dari Inggeris dan Eropah, yang menurut sejarah umum, ditaklukkan oleh mereka selama perang yang dikenal sebagai 'Perang Kemerdekaan'." - Michael Tsarion, "Astrotheology and Sidereal Mythology"

(http://www.blackherbals.com/astro-theology.pdf)

Projek penggulingan ini boleh dianggap sebagai berjaya kerana sudah tidak ada lagi negara di dunia ini yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki melainkan beberapa buah negara sahaja. Dan itupun berhadapan dengan berbagai tekanan antarabangsa khususnya dari kuasa besar Amerika Syarikat. 

Malaysia termasuk salah sebuah negara yang masih menggunakan sistem monarki dengan istilah Raja Berperlembagaan.

Walaupun dengan peruntukan dan bidang kuasa yang terhad, masih juga terdapat suara sumbing dan sumbang yang cuba mempertikaikan relevan atau tidak sistem ini hari ini.

Dari media sosial hingga ke medan 'wacana' (kononnya) laungan dan

seruan anti-raja didengung-dengungkan. Lebih mendukacitakan dan sadis

sebilangan yang bodoh menjadikan agama sebagai alasan dan tanpa selindung-selindung mengheret peribadi mulia seperti sahabat Nabi Muawiyah bin Abu Sufyan ke dalam kancah pergelutan.

Tamadun dan peradaban besar seperti Mesopotamia, Mesir, China, Indus dan banyak lagi diperintah oleh raja. Sejarah Islam juga mencatatkan adanya kerajaan yang diperintah oleh raja secara dinasti, sejak dinasti Umaiyah diasaskan sehinggalah jatuhnya kerajaan Turki

Uthmaniyah. 

Sejarah mencatatkan tamadun-tamadun besar yang pernah wujud hampir kesemuanya diperintah secara beraja atau disebutkan juga sebagai monarki atau feudal. Ini termasuk tamadun klasik, juga termasuk kerajaan Islam selepas khalifah yang empat sehingga sampai ke Majapahit, Srivijaya, Melaka dan kerajaan -kerajaan kecil lain di Nusantara ini.

Antara raja yang terawal diketahui dalam tradisi Islam ialah Namrud. Ibnu Kathir di dalam kitabnya Tafsir al-Qur'an  al-Azim menjelaskan ayat berikut sebagai merujuk kepada Namrud maksudnya "Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan)." (Surah Al-Baqarah 2: 258)

Selepas kewafatan Nabi Musa, Bani Israel meminta dari Nabi mereka ketika itu, yang dikatakan Nabi Syamuel agar Allah mengangkat seorang raja untuk menjadi pemimpin perang. Firman Allah Ta'ala maksudnya, "Apakah kamu tidak memerhatikan pemuka-pemuka Bani Israel sesudah Nabi Musa, iaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah." "Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Talut menjadi rajamu." (Surah Al-Baqarah 2: 246-247)

Al-Qur'an dan hadith menceritakan beberapa raja yang pernah diberikan kekuasaan dan kerajaan yang besar. Ada raja yang beriman, ada pula raja yang kafir. Ada raja yang soleh lalu diberi pujian oleh Allah Ta'ala, manakala tidak kurang juga raja yang berbuat zalim lalu Allah Ta'ala hina mereka dengan kehancuran kerajaannya.

Ibnu Kathir dalam kitabnya Tafsir al Qur'an al Azim membawakan sebuah hadith riwayat dari Mujahid berkata: "Raja di dunia yang menguasai timur dan barat ada empat: Dua dari mereka beriman dan dua yang lainnya kafir. Dua yang beriman itu ialah Sulaiman bin Daud dan Zulqarnain. Manakala yang kafir ialah Namrud dan Bukhtanashar."

Beberapa lagi raja zalim yang diceritakan dalam al-Qur'an dan hadith termasuklah Fir'aun yang memerintah pada zaman Nabi Musa. Raja Tubba' di Yaman, raja yang 'merampas tiap-tiap bahtera' pada zaman Nabi Musa dan Khidir, Ratu yang memerintah negeri Saba', Raja di zaman Ashabul Ukhdud dan raja yang mengganggu Sarah, isteri Nabi Ibrahim a.s.

Manakala raja-raja yang adil dan soleh disebutkan dalam al-Qur'an dan hadith termasuklah Talut, Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan Nabi menyebutkan secara umum dalam hadis bahawa akan ada raja yang membawa rahmat selepas zaman Khilafah al-Nubuwwah. Para ulama memaksudkan hadith itu sebagai Khalifah atau Raja Muawiyah bin Abu Suffyan pengasas Dinasti Umayyah.

Beberapa raja dirujuk secara langsung sebagai 'mulk' di dalam al-Qur'an seperti Talut, Daud dan Sulaiman (sekadar menyebut beberapa contoh). Dan ada juga yang tidak disebut secara langsung di dalam al-Qur'an sebagai 'mulk'.

Contohnya Dzulqarnain dan Namrud kedua itu raja berdasarkan penjelasan hadis dan tafsir ulama muktabar. Demikian juga raja-raja yang memakai gelar seperti Fir'aun (raja Mesir), Kisra (raja Parsi), Kaisar (raja Rom) dan Najasyi (raja Habsyah).

Dalam tradisi tamadun yang lain raja-raja juga diberi gelaran yang berbeza seperti Maharaja, Sultan, Arung (raja Bugis), Narapati  dan banyak lagi. Di Malaysia terdapat 8 raja yang memakai gelar Sultan manakala selebihnya menggunakan gelar Raja (Raja Perlis), Yamtuan Besar (Negeri Sembilan).

Dakwaan segelintir pihak yang menafikan sistem Monarki (beraja) dan mendakwa ianya bukan daripada Islam adalah sesuatu yang salah dan menyalahi syariat. Sebaliknya dalil menunjukkan bahawa terdapat raja yang adil, soleh serta dipuji. Sebahagian lagi raja yang zalim dan dicela. 

Nabi membahagikan Raja kepada tiga,iaitu: (1) Raja yang Rahmah (baik), (2) Raja yang mencengkam (zalim) iaitu Raja yang tidak mahu melepaskan takhta mereka melainkan mesti diwarisi untuk keturunan mereka dan (3) Raja yang zalim lagi ganas.

Islam tidak menafikan dan mengingkari sistem beraja itu sendiri dan hal ini menunjukkan sistem monarki (sistem beraja) ada asalnya dalam Islam. Khilafah yang sebenar bukanlah didakwa oleh golongan-golongan yang menyelisihi As-Sunnah, kerana itu Nabi menggunakan lafaz "Minhaj An-Nubuwwah" atau " Khilafah An-Nubuwwah" menjelaskan Khilafah itu berada di atas Manhaj Nubuwwah, iaitu berada di atas Sunnahnya baik dalam aspek akidah, syariat dan akhlak.

Oleh yang demikian itu keberadaan raja-raja di dalam sistem pemerintahan negara kita harus dipertahankan dan diperbaiki dari masa ke semasa. Raja-raja adalah benteng pertahanan umat Islam di dalam negara Malaysia secara khususnya kerana raja-raja beragama Islam dan juga ketua agama di setiap negeri yang dikuasai. 

Dan pihak yang menentang dan berhasrat menghapuskan sistem monarki ini sama ada bertindak atas kebodohan atau mempunyai niat jahat terhadap keharmonian dan keamanan negara.

___________________________
Abu Abdillah MRK
_____________________________

Comments