Sebatang Pen Sehelai Kertas (Manfaat untuk Penimba Ilmu)

 OLEH: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya

Guru kami, syeikhuna Prof Dato Dr Mohd Radzi pernah menceritakan tentang Syeikh Ibn Uthaimin rahimahullah..

Syeikh Salih ibn Uthaimin رحمه الله pernah mengingatkan beliau dan teman-teman yang lain, bahawa seorang Talibul ilmi itu hendaklah sentiasa bersamanya paling kurang sehelai kertas dan sebatang pen. Syeikh akan sentiasa mencatat ilmu yang beliau dengar , dan beliau mencatat sesuatu dengan ringkasan yang hanya beliau sendiri mampu memahaminya. Apa saja yg terlintas juga di mindanya juga dicatat...

Saat guru Syeikh Salih ibn Uthaimin rahimahullah , Syeikh Bin Baz rahimahullah meninggal dunia, Syeikh Ibn Uthaimin رحمه الله orang antara yang paling risau kerana ramai orang melihat dialah orang yang boleh menggantikan Syeikh Bin Baz رحمه الله untuk memberi fatwa dan menyelesaikan masalah hukum. Saat wayar masih terlekat dit tubuhnya, beliau masih diusung ke sana ke mari dan masih dirujuk utk memberi fatwa dan berkongsi ilmu utk masyarakat.

Begitulah seorang yang hebat dengan kesungguhan yang hebat yang dibina melalui pena dan nota nukilan kalam para ulama..

Semoga ia menjadi amalan setiap penuntut ilmu..



___________________________
Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya
_____________________________

Comments