Konspirasi Covid-19

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli


Sebenarnya kebanyakan teori konspirasi mengaitkan Covid-19 dengan kiamat, kedatangan dajjal, yang mana dicampuradukkan antara yang sahih dengan yang tidak ketahuan sumber, adalah sia-sia sahaja.

Kita dituntut berpada dengan nas-nas yang sahih berkait dengan hadis-hadis fitnah (أحاديث الفتن) dan akhir zaman. Bukan merujuk kepada riwayat palsu, mimpi-mimpi dari individu yang tidak dikenali, serta pendapat peribadi yang syaz lagi jauh dengan nas syarak.

Ketika Rasulullah S.A.W ditanyakan : Bilakah berlakunya kiamat ? Maka baginda menjawab :

مَا أَعْدَدْتَ لَهَا

Maksudnya : Apa persediaan kamu untuk menghadapinya ?

Riwayat Muslim.

Sibukkan diri dengan amal soleh sebagai persiapan menghadapi kiamat adalah lebih utama. 

Usah sebarkan pelbagai teori itu dan ini yang bercampur aduk antara betul dan tidak, yang dilihat matlamatnya (maaf cakap) lebih kepada ingin menaikkan rating, menambah viewers, likes, dan popularity semata-mata.

___________________________
Ustaz Muhammad Fahmi Rusli
_____________________________

Comments