"Setia Ke Hujung Nyawa" Tiada Dalam Islam

 OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi

Orang yang sangat sayangkan pasangan biasanya tidak mahu pasangannya berkahwin dengan orang lain selepas kematiannya nanti. Namun, hakikatnya itu bukan kasih sayang yang sebenar. Orang yang betul-betul sayang kepada pasangannya berharap agar pasangannya kelak akan terus bahagia dijaga oleh orang lain.

Di sana ada kisah masyhur, Ummu Salamah meminta suaminya Abū Salamah saling berjanji untuk tidak berkahwin dengan orang lain kalau salah seorang daripada mereka meninggal supaya mereka dapat bersatu semula di akhirat. Akan tetapi, Abū Salamah enggan, malah berdoa “ya Allah, kurniakan kepada Ummu Salamah selepasku seorang lelaki yang lebih baik daripadaku yang tidak membuatnya bersedih atau menderita.” Tetapi, sanadnya mursal dan matannya mengandungi nakārah.

Walau bagaimanapun, dalam al-Quran sendiri, orang-orang yang tidak mempunyai pasangan disuruh berkahwin, termasuklah duda dan janda. Umat Islam tidak disarankan untuk “setia hingga ke hujung nyawa” dengan pasangan yang dicintai sampai menyeksa diri. Kata orang, cinta tidak semestinya memiliki. Benar, tidak semestinya memiliki atau terus memiliki.

Kadang-kadang, kerana cintalah kita terpaksa melepaskan, membiarkan orang yang dicintai bahagia bersama orang yang selayaknya.

“Kepentingan sendiri tidak diingini,

Bahgia kekasih, saja yang diharapi.”


___________________________
Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
_____________________________

Comments