OLEH: Ustaz Idris Sulaiman
KHURAFAT: 'Kaedah Pagar Laut Supaya Pencuri Berenang Dalam Rumah'
Ini merupakan sebahagian khurafat yang dijaja dalam masyarakat kononnya untuk memagar rumah agar pencuri tidak masuk.
Khurafat-khurafat seperti ini dikuatkan dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran serta zikir yang direka-reka oleh 'ustaz-ustaz'.
Hasilnya masyarakat jadi keliru kerana disibukkan dengan amalan-amalan yang tiada contohnya daripada Nabi ﷺ.
Sedangkan urusan amal ibadah perlu dikembalikan kepada Rasulullah ﷺ dan para Sahabat.
Apa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ hendaklah diamalkan, dan apa yang ditegah hendaklah ditinggalkan.
Nabi ﷺ menegah umatnya melakukan tokok tambah serta mereka cipta amalan-amalan baharu dalam Agama kerana perbuatan sedemikian jelas akan mematikan Sunah baginda ﷺ.
Nabi ﷺ mengajar apabila keluar rumah supaya membaca:
بسم الله توكلت على الله لا حول و لا قوة إلا بالله.
"Bismillah tawakkaltu 'ala Allah, wala haula wala quwwata illa billah".
Sahih. Riwayat Abu Daud.
Ternyata bahawa doa ini tidak diajar, sebaliknya apa yang diajarkan ialah bacaan-bacaan yang direka-reka.
Jelas tidak wajar.
Hidupkan Sunah, tinggalkan tokok-tambah.
Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan panduan.
Comments
Post a Comment