OLEH: Shahrul Aiman
Kami telah mengemukan tiga cadangan menurut al-Quran, as-Sunnah serta perkataan Imam Mazhab, disamping beberapa kitab sebagai rujukan, bagi mengatasi masalah yang telah disebutkan (pengukuhan ukhwah Islamiyyah).
1. Menjelaskan Tentang Tauhid.
Allah subhanahu wa ta'ala berfirman :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam."
Surah Ali Imran 3:102
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebakan nikmat Islam juga) demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahnya."
Surah Ali Imran 3:103
Imam at-Thabrani menafsirkan ayat 103 surah Ali Imran di atas dengan mengatakan :
“Tafsir ayat ini ialah: Ingatlah wahai kaum Mukminin akan nikmat Allah Azza wa Jalla yang telah dianugerahkan kepada kalian! Iaitu ketika kalian saling bermusuhan karena kesyirikan kalian; kalian saling membunuh satu sama lain disebabkan taksub kepada sesuatu golongan, dan bukan disebabkan taat kepada Allah Azza wa Jalla dan Rasul-Nya. (Ingatlah ketika itu!) Allah Azza wa Jalla kemudian menyatukan hati-hati kalian dengan datangnya Islam. Maka Allah Azza wa Jalla jadikan sebagian kalian sebagai saudara bagi sebagian yang lain, padahal sebelumnya kalian saling bermusuhan. Kalian saling berhubungan berdasarkan persatuan Islam dan kalian bersatu padu di dalam Islam"
Berdasarkan tafsiran terhadap ayat di atas jelaslah, bahawa manusia khususnya kaum muslim hanya bersatu pada akidah dan juga tauhid yang benar. Manusia akan sentiasa bermusuhan, berpecah belah dan mundur kecuali mereka diberikan nikmat memahami akidah yang sahih.
2. Mempelajari Hadith.
Selepas berpegang kepadah akidah menurut al-Quran, umat Islam perlulah mempelajari hadis-hadis sahih dan berpegang dengannya. Allah subhanahu wa ta'ala berfirman :
"Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah ia mengutuskan dalam kalangan mereka seseorang rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (daripada i'tiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata." [Surah Ali-Imran 3:164]
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasulullah dan juga kepada "ulil amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."
[Surah An-Nisa 4:59]
Nabi Sahallahu 'alaihi wasalam juga dalam sabdaanya :
"...Oleh kerana itu, hendaklah kalian berpegang teguh pada sunnahku dan sunnah para Khulafa' Rasyidin yang memperoleh petunjuk. Gigitlah sunnah-sunnah tersebut dengan gigi-gigi geraham kalian..."
HR Abu Dawud dan at-Tirmidzi. Disahihkan oleh syeikh al-Albani dalam kitab Sahih Al-Jami'.
Justeru itu, wajiblah bagi seluruh umat Islam untuk bersatu dengan satu tauladan, iaitu tauladan yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad shallallahu 'alaihi dan para sahabat.
3. Menjauhi Pandangan Yang Tidak Bersandarkan Kepada Al-Quran Dan Hadith Dalam Bab Akidah Dan Tidak Ghuluw.
Akhir sekali ialah, mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah dan rasulullah shallallahu 'alaihi wasalam dengan tepat. Ketepatan dalam beramal, tidak akan dicapai melainkan dengan memahami dalil al-Quran dan al-Hadis menggunakan kefahaman salafussoleh.
Bagi menguatkan hujjah, saya memetik kata-kata daripada empat imam mazhab yang masyhur dalam ahli sunnah iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Muhammad Bin Idris (as-Syafie), dan Imam Ahmad bin Hambal rahimakumullah ta'ala.
Imam Abu Hanifah an-Nu'man bin Thabit:
Di dalam Syarhatul-Bidayah karangan Ibnu As-Syuhnah al-Kabir (guru Ibnu al-Himam). Ibnu Abidin memetik sebagai berikut:
"Bila sesuatu hadith sahih, manakala ianya bertentangan dengan mazhab, perkara yang mesti dilakukan ialah beramal berdasarkan hadith tersebut. Demikian itu adalah mazhabnya (imam Abu Hanifah) dan para pengikut mazhab tidaklah terkeluar daripada kedudukannya sebagai pengikut Hanafi dengan mengamalkan hadith itu. Terdapat suatu riwayat yang sahih daripada Abu Hanifah menyebutkan bahawa beliau berkata: "Bila hadith sahih, itulah mazhabku." Riwayat ini diceritakan oleh Imam Ibnu 'Abdil-Bar daripada Abu Hanifah dan daripada imam-imam lainnya."
Imam Malik bin Anas :
"Aku hanya manusia biasa, yang mana pendapatku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Quran dan al-Hadith ambillah, manakala yang tidak selaras dengan al-Quran dan al-Hadith, tinggalkanlah." Ibnu Abdil-Bar dalam al-Jami' dan Ibnu Hazm dalam Usul I-Ahkam.
Imam Muhammad bin Idris (as-Syafie) :
"Umat Islam bersepakat bahawa, sesiapa yang mengetahui hadith Rasulullah, maka dia tidak boleh meninggalkannya hanya kerana mengikut pendapat orang lain." Ibnul Qayyim dan Al-Fulani.
Imam Ahmad bin Hambal :
"Janganlah bertaqlid kepadaku, juga tidak kepada imam-imam seperti Malik, Syafie, Al-Awza'ie dan At-Thauri. Ambillah dalil dari mana mereka mengambilnya (Al-Quran dan As-sunnah)."
Berkenaan ghuluw, suka saya mengambil kata-kata daripada Syeikh 'Utsman al-Khamis. Kata beliau :
"Ghuluw boleh terjadi dengan perkataan, perbuatan serta keyakinan."
Sebagai contoh ghuluw dengan perkataan ialah melampau-lampau dalam memuji, memuja dan meninggikan sesuatu sehingga kepada tahap yang tidak sepatutnya seperti sebahagian kaum tasawuf yang sesat. Manakala bagi perbuatan serta keyakinan pula adalah seperti kelakuan ekstrimis seperti apa yang dilakukan oleh syiah laknatullah, serta keyakinan sesat terhadap nabi-nabi seperti apa yang diyakinkan oleh kaum nasrani serta yahudi.
Kesimpulan.
Akhir kalam, suka saya ambil hujah penutup daripada risalah yang di karang oleh syeikh Nasiruddin al-Albani rahimahullah ta'ala berjudul, "at Tasfiyatu wat Tarbiyah, wa Hajatul Muslimin Ilaihima". Sebuah risalah membincangkan tentang solusi masalah umat. Pada permulaan risalah syeikh al-Albani membawa hadis riwayat abu daud dengan jalan yang sahih, dimana intipati daripada hadis itu ialah, berlaku sistem jual beli yang dilarang, berasa senang dengan harta kemudian meninggalkan jihad, atas sebab dosa-dosa tersebut, maka Allah timpakan kehinaan dan Allah tidak akan mengangkat kehinaan tersebut sehinggalah kaum muslimin kembali kepada agama islam yang benar.
Rujukan :
Syeikh Nasiruddin Al-Albani. (2011). Sifat Solat Nabi Dari Takbir hingga Salam. Abdul Razak Bin Mohamed, Penterjemah. Selangor : Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor Dan Wilayah Persekutuan.
Syeikh Abdullah Bin Muhammad Basmieh. (2013). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Selangor : Darul Fikir.
Dr. Muhammad bin A.W. al-Aqil. (2015). Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi'i. H. Nabhani Idris, Saefudin Zuhri, Penterjemah. Jakarta : PT.Pustaka Imam Asy-Syafi'i.
Al - 'Alamah Al-Muhaddith Muhammad Nasiruddin al-Albani. (2017). Tasfiyah & Tarbiyah: Solusi Masalah Umat. Ahmad Jauzi, Penterjemah. Selangor : Karya PiS Sdn Bhd.
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin & Syeikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan. (2017). Syarah Al-Ushul Ats-Tsalatsah. Muhammad Isa Anshory, Penterjemah. Solo - Jawa Tengah : Pustaka Arafah.
Syeikh Faisal bin Abdul Aziz alu Mubarak (2019). Riyadhus Shalihin & Penjelasannya. Tim Penerjemah Ummul Qura, Penterjemah. Jakarta Timur : Ummul Qura
Yufid.com
Comments
Post a Comment