Menjawab Hadith Taun Tidak Masuk Madinah

 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis


Bagi golongan teori konspirasi yang menyalahgunakan hadith berkenaan isu wabak taun di Madinah.Mohon mendalami lagi berkenaan huraian hadith.

Bukan tafsir dan hurai mengikut kefahaman sendiri.

Untuk makluman, wabak dan taun kedua-duanya merupakan perkataan daripada bahasa Arab.

الوباء : wabak

الطاعون: taun

Wabak dan taun kedua-duanya sangat berbeza. Hadith nabi berkaitan dengan Madinah adalah tentang taun, bukannya wabak. Taun lebih spesifik berbanding wabak yang lebih umum merangkumi pelbagai jenis dan segmen penyakit.

Denggi disebut wabak.

Campak, cacar, malaria, H1N1, Sars dan sebagainya disebut wabak. Tidak disebut sebagai taun.

" Di lembah-lembah Madinah ada para malaikat, tidak akan masuk ke dalamnya baik wabak taun mahupun Dajjal"

HR Bukhary (1880)

Maksud hadith ini jelas menujukan khusus kepada penyakit taun sahaja. Bukan wabak-wabak yang lain.

Ibnu Hajar Al-Asqalani menyebut : "Maknanya tidak dimasuki Madinah itu penyakit taun seperti yang berlaku di tempat selainnya seperti wabak Taun Anwar's dan Taun al- Jarif".

Fathul Bari ( 10/190)

Sebab itu penduduk Madinah bukan semuanya sihat walafiat, disana terdapat juga hospital dan klinik. 

Ini kerana hadith ini yang merupakan doa nabi khusus untuk penyakit taun sahaja. 

Covid-19 disebut sebagai wabak bukan taun.

Janganlah dimanipulasikan hadith demi kepentingan sendiri.

Wallahualam.

___________________________
Ustaz Huzaifah Hadis
_____________________________

Comments