OLEH: Ustaz Abid Annuriyy
Asha’irah mendakwa merekalah satu-satunya golongan kebenaran, aswj dan firqah najiyah. Aqidah asha’irah sahajalah aqidah yang sahih. Selain asha’irah semuanya adalah kuffar, fussaq atau mubtadi’ah.
Ini batil. Al-Ash’ari lahir tahun 260H dan wafat tahun 324H. Bagaimana dengan Nabi, Sahabat, Tabbin, Atba’ dan imam-imam mujtahid sebelum Ash’ari? Mereka tidak beraqidah Asha’irah, adakah mereka kuffar?
Yang jelas Asha’irah adalah golongan batil ahli kalam. Asha’irah tidak mengikuti al-Quran hadith dan ijma’ khususnya dalam bab Sifat. Mereka melakukan ta’til (pengosongan) iaitu tahrif (penyelwengan) terhadap sifat2 Allah sama spt jahmiyyah dan mu’tazilah. Asha’irah juga menganuti fahaman sesat irja’ dan jabariyyah.
Asha’irah mendakwa majoriti umat islam adalah asha’irah. Melalui pemerhatian kebanyakan awam tidak mengetahui aqidah asha’irah dan tidak pernah mempelajari aqidah asha’irah.
Termasuk prinsip-prinsip aqidah Asha'irah Jahmiyyah yang bersalahan dengan aqidah Ahl al-Sunnah ialah
1.Tawhid. Asha'irah hanya berasa cukup dengan tawhid rububiyyah yakni percaya bahawa Allah maha pencipta. Tawhid di sisi Asha’irah adalah ifradullah bi al-khalq wa al-qudrah wa ghina, percaya bahawa zat ALLAH, sifat-sifatNYA dan perbuatan-perbuatanNYA adalah satu. Mereka mentafsirkan ilah dalam la ilaha illa Allah sebagai la khaliq, qadir, razzaq dan mawjud melainkan Allah semata-mata yakni tawhid rububiyyah adalah tujuan penciptaan makhluk, diutuskan rasul-rasul dan diturunkan kitab-kitab. Asha’irah mengingkari tawhid uluhiyyah yang merupakan tawhid ibadah dan taat serta tersalah dalam mentafsirkan la ilaha illa ALLAH. Ini suatu kesilapan besar, kesesatan dan kekufuran. Sedangkan para rasul diutuskan untuk mengajak kepada tawhid uluhiyyah (mengkhususkan segala ibadah hanya untuk ALLAH) dan meninggalkan semua tuhan palsu, semua agama kufr dan segala perantaraan batil.
Ini bukan bermakna tawhid rububiyyah diremehkan tetapi Ahl al-Sunnah mengajak kepada tawhid yang dikehendaki Allah dan Rasul iaitu mengiqrarkan bahawa tiada sembahan yang benar dan berhak disembah melainkan Allah, manakala selain Allah semuanya batil, binasa dan tidak berhak disembah.
Ini kerana kebanyakan manusia mengakui rububiyyah Allah terhadap alam dan ia adalah fitrah walau tidak secara sempurna.
Rentetan dari itu, Asha’irah menjadi bisu terhadap syirik-syirik quburiyyah dan jahmiyyah.
Tawhid juga di sisi mereka bermakna nafy al-sifat iaitu menafikan Sifat-sifat Allah (dengan topeng ta’wil yang hakikatnya kufr tahrif), menafikan Allah itu berjisim, berjuzuk-juzuk dan berbahagian-bahagian. Esa dalam Zat, Sifat dan Perbuatan. Sekadar itu sahaja. Dalam Ahl al-Sunnah tawhid itu bermakna ithbat (mengakui dan menerima) sifat-sifat Allah, bukan menafikannya seperti Jahmiyyah Mu’tazilah.
Syirik di sisi Asha’irah hanyalah apabila mempercayai Allah itu dua atau 3, atau tajsim dan tashbih. Mereka tidak menamakan penyembahan kepada selain Allah dan berdoa kepada selain Allah sebagai syirik akbar. Ini kufr jahmiyyah. Selain itu, sesiapa yang tersesat, tersalah atau jahil dalam mentafsirkan tawhid dan kalimah tawhid la ilaha illa Allah, maka ia bukan muslim, bahkan kafir musyrik.
Comments
Post a Comment