Allah Di Atas Arsy Secara Zat-Nya

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Ulama Salaf telah ijma’ (bersepakat secara menyeluruh) bahawa Allah di atas arasy secara haqiqi dengan zatNYA, berpisah dari makhlukNYA.

Berkata al-Hafiz Isma’il ibn ‘Abd al-Rahman al-Sabuni al-Shafi’i,

.

وَعُلَمَاءُ الْأُمَّةِ وَأَعْيَانُ الْأَئِمَّةِ مِنَ السَّلَفِ - رَحِمَهُمُ اللهُ - لَمْ يَخْتَلِفُوْا فِي أَنَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ وَعَرْشُهُ فَوْقَ سَمَوَاتِهِ ، يُثْبِتُونَ لَهُ مِنْ ذَلِكَ مَا أَثْبَتَهُ اللهُ تَعَالَى ، وَيُؤْمِنُوْنَ بِهِ وَيُصَدِّقُونَ الرَّبَّ جَلَّ جَلَالُهُ فِي خَبَرِهِ ،

Para ulama dan tokoh imam-imam dari kalangan salaf (semoga ALLAH mengasihi mereka) tidak pernah berbeza pendapat (bahkan ijma’), bahawa ALLAH 'azza wa jalla' berada di atas 'arasyNya. Dan 'arasyNya berada di atas langit yang ketujuh. Mereka menetapkan segala yang ditetapkan Allah, mengimaninya serta membenarkan Allah dalam khabarNYA.[1]

(Lihat kitab ‘Aqidah al-Salaf wa Ashab al-Hadith ASWJ oleh al-Hafiz al-Sobuni)


Sesiapa yang mentafsirkan istiwa’ sebagai istila’ setelah ditegakkan hujjah maka ia kafir, kerana istila’adalah sifat kelemahan dan kekurangan yang tidak layak bagi Allah. Istila’ bermakna menakluk selepas kalah.

[1] Ini adalah ijma’ di kalangan salaf umat ini.

[Gerakan PENA Malaysia]



Comments