Berhati-Hati Dengan Hadis Palsu

 OLEH: Muhd Faiz Sazali


Sebahagian umat Islam kecelaruan minda mereka dalam memahami hadis apatah lagi amalan-amalan yang lahir daripada hadis-hadis palsu sebegini.

Ramai yang tidak mengerti tentang ilmu hadis dan apatah lagi ramai tidak mempelajari ilmu hadis iaitu dalil kedua setelah Al Quran. Mengabaikan diri mempelajari ilmu hadis membawa banyak keburukan sehingga membawa kesesatan.

Oleh itu, sebahagian umat Islam juga mengikut apa sahaja amalan yang di datang kepada mereka walaupun yang mereka dengar itu asal usulnya tiada malah amalan yang palsu tidak tsabit daripada Rasulullah ﷺ

Dengar sahaja amalan ini ada hadisnya padahal dari segi sisi hadis itu adalah palsu mereka tertipu.

Berhati-hatilah dalam mengikuti hadis, pastikan ianya soheh. Jauhi lah 'Juhala' (Orang Jahil) lebih lagi berkait dengan sesuatu amalan ibadah dalam agama dari kalangan ulama', ustaz, kiyai, dll yg sememangnya tidak mengerti akan ilmu hadis.

Kerana ianya akan memesongkan diri ke arah kesesatan hingga membawa Kesyirikan. Belajarlah ilmu hadis sebagai permulaan seperti Musthalah Hadis agar kita selamat dari mengamalkan perkara yang bertentangan dengan syariat Nabi Muhammad ﷺ (Bid'ah).


Boleh rujuk senarai hadis-hadis tidak sahih di lama blog ini:

[Gerakan PENA Malaysia]


Comments