OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis
Isunya kerana debat ilmiah dibuka kepada golongan awam, lalu orang awam yang tidak mendalami disiplin ilmu tidak memahami hujjah ilmiah sebenarnya.
Belum termasuk lagi mereka yang bersikap taksub dan fanatik tetapi hakikatnya masih cetek dalam ilmu.
Golongan ini ramai dan merekalah yang paling bising dan bersuara.
Golongan berilmu memang banyak diam dan senyap kerana lebih fokus dan tekun mendengarkan hujjah daripada kedua-dua panelis.
Cuma itulah isunya, golongan berilmu mengetahui sejauh mana ilmu mereka. Mereka takut mengulas dan mengupas lantaran mereka merasakan ilmu mereka masih cetek dan banyak perkara yang mereka tidak tahu.
Disana pula terdapat golongan yang merasakan mereka tahu segala-galanya, hakikat yang mereka mengetahui itu cumalah permukaan sahaja, cuma kebisingan dan keriuhan mereka didalam media sosial dan komen-komen dianggap mereka sangat berilmu sehingga boleh menilai hujjah kedua-dua panelis hinggakan boleh jadi ramai dikalangan orang awam terkeliru dan terikut dengan pandangan mereka.
Ada yang menilai, dari segi penyampaian, ada yg menilai dari segi intonasi, ada yang menilai dari segi lontaran emosi sedangkan kesemua ini bukanlah point utama dalam dialog itu. Hatta ada yang menilai dari sudut berapa banyak hadith atau ayat Al-Quran yang dibaca tanpa menilai syarahan atau huraian yang diberikan adakah sejajar dengan huraian para ulama ataupun bagaimana?
Sukar untuk dinyatakan tetapi itulah yang berlaku bilamana pentas ilmiah dibuka kepada orang awam.
Tidak dinafikan manfaatnya buat para ilmuwan tetapi adakala ianya semakin mengelirukan dan menambah celaru kefahaman orang biasa ataupun golongan "beginner". Ia tidak menjadi kerisauan kepada golongan "expert".
Ini kerana sama sahaja bagi mereka samada dialog itu berlaku atau tidak, kefahaman dan ilmu mereka cukup mendalam didalam memahami sesuatu isu, tetapi ia menambah kerancuan golongan awam kerana mereka makin keliru dan bertambah ragu.
Sekejap sini betul, sekejap pihak sana pun nampak betul juga dan akhirnya bingung dan tidak menyelesaikan isu.
Akhirnya mereka mengambil isu-isu luaran untuk menilai kekuatan hujjah seseorang panel lantaran keliru dengan isi-isi penting yang dilontarkan.
Isu emosi, lontaran suara, kepandaian membaca Al-Quran & hadith serta lain-lain yang tiada kaitan menjadi kayu pengukur.
Jikalau mereka kembali merujuk kepada asatizah yang mereka hormati, maka insyaallah mereka akan faham, tetapi jikalau mereka membuat kesimpulan tersendiri tanpa bantuan pihak yang berilmu, boleh jadi kesimpulan mereka betul ataupun sebaliknya.
Wallahualam.
------------------------------------------------
Untuk jurnal ataupun kajian universiti, lebih banyak rujukan, lebih tinggi nilai impak kajian.
Ini berbeza dengan ilmu hadis, sebanyak mana rujukan sekalipun, sekiranya perawinya bermasalah, status hadisnya dipertikai, maka kajian itu sia-sia kerana isunya bukanlah pada banyaknya buku rujukan tetapi ke"thiqah"an ( kepercayaan) para perawi hadith itu sendiri.
Tidak mencukupi jurnal atau kajian yang memiliki begitu banyak rujukan sedangkan rujukannya daripada perawi-perawi yang dipertikai dan dikritik.
Ini menunjukkan betapa tingginya dan sukarnya nilai hadis itu sendiri.
Jangan tertipu dengan hasil kajian atau jurnal ataupun kertas penyelidikan yang cuba mengangkat hadis-hadis yang bermasalah.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment