Bolehkah Mendoakan Umur Panjang?

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli


Bolehkah kita berdoa untuk dipanjangkan umur agar kita dapat sampai kepada hari-hari yang mempunyai kelebihan dan keberkatan ?

Jawapannya : Ya, ia dibolehkan.

Imam Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali (w. 795 h.) ketika mengulas berkenaan hadis :

اللهمَّ بَارِكْ لنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rajab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadan.

Meski beliau mengatakan bahawa pada sanad hadis ini terdapat kedaifan, beliau - رَحِمه اللهُ menyambung dengan katanya :

وَفِي هذا الحَديثِ دَليلٌ على استحْبَابِ الدُّعاءِ بِالبَقَاءِ إلى الأزْمَانِ الفَاضِلَةِ لإدراكِ الأعمَالِ الصَّالِحةِ فِيهَا 

Maksudnya : Pada hadis ini terdapatnya petunjuk akan mustahabnya berdoa untuk kekal (dipanjangkan usia) pada waktu-waktu yang terdapat fadilat (kelebihan), dengan tujuan agar dapat beramal soleh di dalamnya.

Rujuk Lata’if Al-Ma’arif, Ibn Rajab Al Hanbali (1/121)



[Gerakan PENA Malaysia]

Comments