Kesudahan Murji’ah

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Ideologi Murji’ah terbesar ialah


الأعمالُ ليست داخلةً في مسمى الإيمانِ

 al-a’mal laysat min al-iman wa laysat dakhilah fi musamma al-iman iaitu segala amalan bukan dari iman bahkan di luar hakikat iman dan terpisah dari iman. 

.

Murji’ah juga menganuti ideologi

لا كفر إلا بالتكذيب

la kufra illah bi al-takdhib iaitu tiada kekufuran melainkan dengan mendustakan dan mengingkari Allah, rasul, dan agama dengan hati ( la kufra illa bi al-i’tiqad). 


Ucapan kufr, keraguan dan amalan kufr perbuatan kufr bukanlah kufr di sisi mereka. 

.

Dari pemikiran sesat murji’ah, muncul pelbagai ideologi sesat dan kufr seperti 

1. quburiyyah, 

2. demokrasi jahiliyyah,

3.  sekularism,

4. liberalism, 

5. pluralism, 

6. atheism dan lain-lain lagi. 


Penganut Murji’ah akan meremehkan ibadah-ibadah fardhu dan syariah, hudud dan negara islam, kerana mereka menganggap qawl dan ‘amal di luar hakikat iman. Segala amalan bukanlah iman dan di luar hakikat iman yakni terpisah dari iman. 

.

Murji’ah meremehkan kufr, menganggap bahawa


لا كفر إلا بالجهل بالله

tiada kufr melainkan jahil tentang kewujudan Allah dan RasulNYA, 

atau تكذيب قلبي takdhib qalbi,


Mereka secara automatik meremehkan bid’ah, nifaq, dan syirik. 

Hakikatnya murji’ah terjatuh ke dalam syirk akbar dan kufr riddah tanpa sedar.

Murji'ah meremehkan ilmu tawhīd tanpa syak.

Itulah antara tanda mereka.


[Gerakan PENA Malaysia]



Comments