Membantu Agama Lain: Bolehkah?

 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis


Ada perbezaan antara membantu perkembangan agama lain yang memang jelas haram lagi berdosa berbanding membantu orang kafir yang dalam keadaan sukar dan sulit.

Selagi mana kafir tersebut didalam lingkungan kafir muahad ( yang ada perjanjian), kafir zimmi ( yang dibawah negara Islam) dan kafir musta'man ( yang diberikan lindungan) maka tidak mengapa bantuan diberikan.

Ini kerana Umar al-Khattab sendiri menolong saudara-saudaranya di Mekah sedangkan mereka masih kafir.

Ya, Wala dan bara kita kepada kekafiran dan agama kufur mereka tidak menghalang ihsan dan bantuan kita kepada mereka yang memerlukan.

Sepertimana firman Allah : 

Tidaklah Allah menghalang kamu bagi mereka yang tidak memerangi agamamu dan tidak mengeluarkan kamu dari rumah-rumahmu untuk kamu berbuat kebaikan dan bersikap adil sesama mereka. Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang berbuat keadilan ( Surah al- Mumtahanah ayat 8).

Begitu juga hadith nabi berkaitan larangan membunuh pendeta dan orang-orang didalam rumah ibadah mereka semasa perang selagi mereka tidak termasuk didalam kelompok yang memerangi orang Islam membuktikan bahawa pada masa aman dan mereka dalam keadaan memerlukan, maka bantuan lebih-lebih lagi boleh diberikan kepada mereka selagi mana bantuan itu tidak melibatkan perkembangan agama mereka dan dakyah mereka.

Wallahualam.


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments