Menutup Aib Saudaranya

 OLEH: Ustaz Ahmad Hasyimi


"Jika rumah kita diperbuat dari kaca, jangan baling rumah orang dengan batu". 

Aib - Kita ini dilihat hebat bukan kerana diri kita tetapi kerana Allah telah menutup aib kita. 

Bayangkan sekiranya segala dosa yang dilakukan secara tersembunyi dipamerkan, segala umpatan, kata nista kita terhadap kawan kita didedahkan, bahkan segala kejahatan yang kita lakukan dipertontonkan, pasti seseorang itu tidak sanggup untuk berjalan di atas muka bumi ini.

Ia adalah salah nikmat yang wajib disyukuri oleh setiap insan. Seorang lelaki bertanya kepada seorang Abu Tamimah: Bagaimana keadaan kamu pada pagi ini? Jawab Abu Tamimah:

“أصبحت بين نعمتين, لا أدري أيَّتهُمَا أفضل: ذنوبٌ سترها الله -عز وجل-, فلا يستطيع أن يعيرني بها أحدٌ؛ ومودةٌ قذفها الله -عز وجل- في قلب العباد, لم يبلغها عملي”.

“Aku berpagi dalam dua nikmat yang tidak aku ketahui manakah yang lebih baik iaitu: Nikmat Allah menyembunyikan dosaku sehingga tiada seorang pun yang boleh mengaibkan diriku atau nikmat rasa kasih yang Allah campakkan ke dalam hati manusia, sesuatu yang aku tidak mampu perolehinya melalui amalanku.”

Dengan sebab itu Allah menyukai hamba-Nya yang menyembunyi keaiban dosa orang lain. Sabda Rasulullah:

مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslim yang lain, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.”

(HR Ibn Majah)

Akhir kata, sebagai manusia kita kena sentiasa bersyukur kerana Allah telah tutup aib dan dosa kita dan wajib menutup aib dan dosa orang lain sebagaimana kita tidak suka aib dan dosa kita didedahkan. 

Ingat, kalau manusia nampak semua dosa kita.... Fikirkanlah.. 

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments