Larangan Duduk Menongkat Tangan Kiri

 OLEH: Abu Aqif


عَنْ أَبِيهِ الشَّرِيدِ بْنِ سُوَيْدٍ قَالَ مَرَّ بِى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَنَا جَالِسٌ هَكَذَا وَقَدْ وَضَعْتُ يَدِىَ الْيُسْرَى خَلْفَ ظَهْرِى وَاتَّكَأْتُ عَلَى أَلْيَةِ يَدِى فَقَالَ « أَتَقْعُدُ قِعْدَةَ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ ».


Syirrid bin Suwaid رضي الله عنه berkata,

"Rasulullah pernah melintas di hadapanku sedang aku duduk seperti ini, iaitu bersandar pada tangan kiriku yang aku letakkan di belakang. Lalu baginda Nabi bersabda,

"Adakah engkau duduk sebagaimana duduknya orang-orang yang dimurkai?" [HR. Abu Daud no. 4848. Disahihkan Syaikh Al Albani].


Yang dimaksudkan dengan "al maghdhub 'alaihim" adalah orang Yahudi sebagaimana kata Ath Thibiy. Penulis 'Aunul Ma'bud berkata bahawa yang dimaksudkan dimurkai di sini lebih umum, baik orang kafir, orang fajir (gemar maksiat) , orang sombong, orang yang ujub dari cara duduk, jalan mereka dan sepertinya. ('Aunul Ma'bud, 13: 135].


Dalam  Iqthido' Shirotil Mustaqim, Ibnu Taimiyah berkata,

"Hadis ini berisi larangan duduk seperti yang disebutkan kerana duduk seperti ini dilaknat, termasuk duduk orang yang mendapatkan azab. Hadis ini juga bermakna agar kita menjauhi jalan orang-orang seperti itu.”

Kata Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz, duduk seperti ini terlarang di dalam dan di luar solat. Bentuknya adalah duduk dengan bersandar pada tangan kiri yang dekat dengan punggung. Demikian cara duduknya dan tekstual hadis dapat difahami bahawa duduk seperti itu adalah duduk yang terlarang. [Majmuk Fatawa Ibnu Baz, 25: 161].


Syaikh Muhammad bin Soleh Al Utsaimin menjelaskan dalam Syarh Riyadhus Sholihin,

"Duduk dengan bersandar pada tangan kiri disifatkan dengan duduk orang yang dimurkai Allah. Adapun meletakkan kedua tangan di belakang badan lalu bersandar pada keduanya, maka tidaklah masalah. Juga ketika tangan kanan yang jadi sandaran, maka tidak mengapa. Yang dikatakan duduk dimurkai sebagaimana disifati Nabi adalah duduk dengan menjadikan tangan kiri di belakang badan dan tangan kiri tadi diletakkan di lantai dan jadi sandaran. Inilah duduk yang dimurkai sebagaimana yang Nabi ﷺ sifatkan."



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments