Gugur Kewajipan Solat Jumaat Ketika Musafir

 OLEH: Abu Aqif


Ibnul Mundzir رحمه الله‎‎ berkata:

"Keterangan yang dapat dijadikan dalil gugurnya kewajipan solat Jumaat bagi musafir adalah Nabi ﷺ dalam beberapa perjalanan beliau sudah tentu pernah ada yang tepat kena dengan hari Jumaat.

Tetapi tidak ada keterangan yang sampai kepada kami bahawa beliau melaksanakan solat Jumaat ketika beliau dalam perjalanan. Bahkan keterangan yang pasti menunjukkan bahawa beliau melaksanakan solat Zohor di Padang Arafah pada hari Jumaat. Tindakan ini merupakan bahawa tidak ada solat Jumaat bagi seorang musafir". [Ibnul Munzdir 4/20].




Dari Hassan Al-Basri diriwayatkan bahawa Anas bin Malik menetap di Naisabur selama satu tahun atau dua tahun dia selalu solat dua rakaat lalu salam dan dia tidak melaksanakan solat jumaat [Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Syaibah 1/442, Ibnul Munzdir 4/20 dengan sanad yang sahih].

Ibnu Umar رضي الله عنه berkata:

"Tidak ada solat Jumaat bagi Musafir" [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah 1/442, Ibnul Munzdir 4/19 dan Al-baihaqi dalam Al-Kubra 3/184 dengan sanad yang sahih].

[Gerakan PENA Malaysia]


Comments