Jangan Keliru Antara "Menyebut sifat-sifat Allah" Dengan "Tashbīh (menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk)

 OLEH: Abū Zur'ah al-Rāzī

Jangan keliru antara "menyebut sifat-sifat Allah" dengan "tashbīh (menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk)."


قال الإمام إسحاق بن راهويه: (238هـ): "إنما التشبيه إذا قال: يد كيد، أو مثل يد، أو سمع كسمع أو مثل سمع، فإذا قال: سمع كسمع أو مثل سمع فهذا التشبيه وأما إذا قال: كما قال الله تعالى: يد وسمع وبصر، ولا يقول كيف، ولا يقول مثل سمع ولا كسمع، فهذا لا يكون تشبيهاً وهو كما قال الله تعالى في كتابه:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ [الشورى:11]


Al-Imam Ishaq bin Rahawayh berkata (238 H): 

"Syirik tashbīh تشبيه itu adalah jika seseorang berkata: Tangan Allah adalah seperti tangan (manusia), atau serupa tangan (makhluk)

Apabila seseorang mengatakan bahawa pendengaran (Allāh) seperti pendengaran (makhluk) atau serupa dengan pendengaran makhluk, maka inilah tashbīh (syirik).

Adapun jika mengatakan sebagaimana yang Allāh taala katakan, 

Tangan Allah, pendengaran Allāh dan penglihatan Allāh

(yakni ia mengatakan DIA bertangan, mendengar dan melihat), dan dia tidak mengatakan bagaimana (rupanya), dan dia tidak mengatakan _seperti  pendengaran manusia_ atau _seumpama mendengarnya makhluk_, maka ini bukan lah tashbīh. 


Ini adalah seperti firman Allah dalam kitabNya

ليس كمثله شيء وهو السميع البصير

_Tidak ada yang serupa dengan Dia, dan Dia Maha Mendengar, Maha Melihat_ (Al-Shura: 11).


ALLAH MEMANG MEMPUNYAI WAJAH . Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah meyakini bahawa ALLAH SWT mempunyai wajah yang agung lagi haqiqi. Al-Imam al-Shafi’i berkata, ALLAH mempunyai wajah berdasarkan firman Allah, 

وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ [الرحمن 27]

“Dan kekal wajah Tuhanmu (dan zatNya) yang maha agung lagi maha memberi kemuliaan.” (Surah al-Rahman: ayat 27). 

INI DALIL yang sangat jelas


Nabi saw berdoa, 

وأسألُكَ لذَّةَ النظرِ إلى وجهِكَ ، والشوْقَ إلى لقائِكَ في غيرِ ضراءَ مُضِرَّةٍ ، ولا فتنةٍ مُضِلَّةٍ ، اللهم زيِّنَّا بزينَةِ الإيمانِ ، واجعلنا هُداةً مهتدينَ

“Sesungguhnya saya meminta dariMu kelazatan melihat WajahMu dan rindu menemuiMu tanpa sebarang penyakit yang memudaratkan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan hiasan iman, jadikanlah kami sebagai penunjuk jalan lagi sentiasa mengikuti petunjuk.” (Sahih HR al-Nasa’ei dan al-Imam Ahmad). 

lihat wajahMU yakni wajah ALLAH,wajah di sini confirm bukan bermakna  keredhaan ALLAH

tetapi wajah ALLAH yang haqiqi

Firman Allah, 

لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَىٰ وَزِيَادَةٌ

“Bagi orang-orang yang berbuat ihsan (baik) itu husna (syurga) dan ziyadah (tambahan)…” (Yunus: ayat 26). 


‘Abd al-Rahman ibn Abi Layla r.a. dan ‘Amir ibn Sa’d mentafsirkan ziyadah sebagai; “melihat kepada wajah ALLAH ‘azza wa jall.” (Sahih, riwayat ‘Abdullah ibn Ahmad, Ibn Jarir, Ibn Khuzaymah, al-Lalikaei dan al-Daraqutni).

Yakni melihat kepada wajah ALLAh yang haqiqi, bukan melihat kepada keridhaanNYA


Syirik Tashbīh تشبيه di sisi Salaf

قال نعيم بن حماد الخزاعي شيخ البخاري رحمه الله:

Nu'aym ibn Hammad al-Khuza'i berkata, 

 من شبه الله بخلقه، فقد كفر  
Sesiapa yang mentashbīhkan Allāh (menyamakan Allah) dengan makhlukNya, maka sesungguhnya ia telah menjadi kafir. 
[ رواه الذهبي في ((العلو)) (464) ]

ومن جحد ما وصف الله به نفسه فقد كفر، وليس ما وصف الله به نفسه ولا رسوله تشبيهاً
Sesiapa yang mengingkari sifat Allah yang Allah sifatkan Diri-Nya dengan nya maka ia kafir. 

Bukan lah apa yang Allah sifatkan Diri-Nya dengan nya itu dan yang disifatkan oleh Rasul Nya itu adalah tashbīh

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments