Bertawasul Dengan Amalan Soleh

OLEH: Abu Aqif.

Dari Abu 'Abdir Rahman, iaitu Abdullah bin Umar bin al-Khaththab رضي الله عنهما, katanya:

Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda,

انْطَلَقَ ثَلاَثَةُ رَهْطٍ مِمَّنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَتَّى أَوَوُا الْمَبِيتَ إِلَى غَارٍ فَدَخَلُوهُ ، فَانْحَدَرَتْ صَخْرَةٌ مِنَ الْجَبَلِ فَسَدَّتْ عَلَيْهِمُ الْغَارَ فَقَالُوا إِنَّهُ لاَ يُنْجِيكُمْ مِنْ هَذِهِ الصَّخْرَةِ إِلاَّ أَنْ تَدْعُوا اللَّهَ بِصَالِحِ أَعْمَالِكُمْ

Ada tiga orang dari orang-orang sebelum kalian berangkat bepergian. Suatu ketika mereka terpaksa singgah bermalam di suatu gua kemudian mereka pun memasukinya.

Tiba-tiba jatuhlah sebuah batu besar dari gunung lalu menutup gua itu dan mereka di dalamnya. Mereka berkata bahawasanya tidak ada yang dapat menyelamatkan mereka semua dari batu besar tersebut kecuali jika mereka semua berdoa kepada Allah تعال dengan menyebutkan amalan baik mereka.

فَقَالَ رَجُلٌ مِنْهُمُ اللَّهُمَّ كَانَ لِى أَبَوَانِ شَيْخَانِ كَبِيرَانِ ، وَكُنْتُ لاَ أَغْبِقُ قَبْلَهُمَا أَهْلاً وَلاَ مَالاً ، فَنَأَى بِى فِى طَلَبِ شَىْءٍ يَوْمًا ، فَلَمْ أُرِحْ عَلَيْهِمَا حَتَّى نَامَا ، فَحَلَبْتُ لَهُمَا غَبُوقَهُمَا فَوَجَدْتُهُمَا نَائِمَيْنِ وَكَرِهْتُ أَنْ أَغْبِقَ قَبْلَهُمَا أَهْلاً أَوْ مَالاً ، فَلَبِثْتُ وَالْقَدَحُ عَلَى يَدَىَّ أَنْتَظِرُ اسْتِيقَاظَهُمَا حَتَّى بَرَقَ الْفَجْرُ ، فَاسْتَيْقَظَا فَشَرِبَا غَبُوقَهُمَا ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَفَرِّجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ مِنْ هَذِهِ الصَّخْرَةِ ، فَانْفَرَجَتْ شَيْئًا لاَ يَسْتَطِيعُونَ الْخُرُوجَ

https://www.facebook.com/abdulrahmanabdollah/posts/3067141323557654

Salah seorang dari mereka berkata,

Ya Allah, aku mempunyai dua orang tua yang sudah tua dan lanjut usia. Dan aku tidak pernah memberi minum susu (di malam hari) kepada siapa pun sebelum memberi minum kepada keduanya. Aku lebih mendahulukan mereka berdua daripada keluarga dan hambaku (hartaku).

Kemudian pada suatu hari, aku mencari kayu di tempat yang jauh. Ketika aku pulang ternyata mereka berdua telah terlelap tidur. Aku pun memerah susu dan aku dapati mereka sudah tertidur pulas. Aku pun enggan memberikan minuman tersebut kepada keluarga atau pun hambaku. Seterusnya aku menunggu hingga mereka bangun dan ternyata mereka barulah bangun ketika Subuh, dan gelas minuman itu masih terus di tanganku.

Selanjutnya setelah keduanya bangun lalu mereka minum minuman tersebut.

Ya Allah, jikalau aku mengerjakan sedemikian itu dengan niat benar-benar mengharapkan wajah-Mu, maka lepaskanlah kesukaran yang sedang kami hadapi dari batu besar yang menutupi kami ini.

Batu besar itu tiba-tiba terbuka sedikit, namun mereka masih belum dapat keluar dari gua.

قَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – « وَقَالَ الآخَرُ اللَّهُمَّ كَانَتْ لِى بِنْتُ عَمٍّ كَانَتْ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَىَّ ، فَأَرَدْتُهَا عَنْ نَفْسِهَا ، فَامْتَنَعَتْ مِنِّى حَتَّى أَلَمَّتْ بِهَا سَنَةٌ مِنَ السِّنِينَ ، فَجَاءَتْنِى فَأَعْطَيْتُهَا عِشْرِينَ وَمِائَةَ دِينَارٍ عَلَى أَنْ تُخَلِّىَ بَيْنِى وَبَيْنَ نَفْسِهَا ، فَفَعَلَتْ حَتَّى إِذَا قَدَرْتُ عَلَيْهَا قَالَتْ لاَ أُحِلُّ لَكَ أَنْ تَفُضَّ الْخَاتَمَ إِلاَّ بِحَقِّهِ . فَتَحَرَّجْتُ مِنَ الْوُقُوعِ عَلَيْهَا ، فَانْصَرَفْتُ عَنْهَا وَهْىَ أَحَبُّ النَّاسِ إِلَىَّ وَتَرَكْتُ الذَّهَبَ الَّذِى أَعْطَيْتُهَا ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَافْرُجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ . فَانْفَرَجَتِ الصَّخْرَةُ ، غَيْرَ أَنَّهُمْ لاَ يَسْتَطِيعُونَ الْخُرُوجَ مِنْهَا

Nabi ﷺ bersabda, lantas orang yang lain pun berdoa,

Ya Allah, dahulu ada puteri pakcikku yang aku sangat menyukainya. Aku pun sangat menginginkannya. Namun dia menolak cintaku. Hingga berlalu beberapa tahun, dia mendatangiku (kerana sedang memerlukan wang). Aku pun memberinya 120 dinar. Namun pemberian itu dengan syarat dia mahu tidur denganku ( berzina). Dia pun mau.

Sampai masa aku ingin menyetubuhinya, keluarlah dari lisannya, "Tidak halal bagimu membuka cincin kecuali dengan cara yang benar (maksudnya: barulah halal dengan nikah, bukan zina)."

Aku pun langsung tercengang kaget dan pergi meninggalkannya padahal dialah yang paling kucintai. Aku pun meninggalkan emas (dinar) yang telah kuberikan untuknya.

Ya Allah, jikalau aku mengerjakan sedemikian itu dengan niat benar-benar mengharapkan wajah-Mu, maka lepaskanlah kesukaran yang sedang kami hadapi dari batu besar yang menutupi kami ini.

Batu besar itu tiba-tiba terbuka lagi, namun mereka masih belum dapat keluar dari gua.

قَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – وَقَالَ الثَّالِثُ اللَّهُمَّ إِنِّى اسْتَأْجَرْتُ أُجَرَاءَ فَأَعْطَيْتُهُمْ أَجْرَهُمْ ، غَيْرَ رَجُلٍ وَاحِدٍ تَرَكَ الَّذِى لَهُ وَذَهَبَ فَثَمَّرْتُ أَجْرَهُ حَتَّى كَثُرَتْ مِنْهُ الأَمْوَالُ ، فَجَاءَنِى بَعْدَ حِينٍ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ أَدِّ إِلَىَّ أَجْرِى . فَقُلْتُ لَهُ كُلُّ مَا تَرَى مِنْ أَجْرِكَ مِنَ الإِبِلِ وَالْبَقَرِ وَالْغَنَمِ وَالرَّقِيقِ . فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ لاَ تَسْتَهْزِئْ بِى . فَقُلْتُ إِنِّى لاَ أَسْتَهْزِئُ بِكَ . فَأَخَذَهُ كُلَّهُ فَاسْتَاقَهُ فَلَمْ يَتْرُكْ مِنْهُ شَيْئًا ، اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَافْرُجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ . فَانْفَرَجَتِ الصَّخْرَةُ فَخَرَجُوا يَمْشُونَ »

Nabi ﷺ bersabda, lantas orang ketiga berdoa,

Ya Allah, aku dahulu pernah menggajikan beberapa pegawai lantas aku memberikan upah pada mereka. Namun ada satu yang tertinggal yang tidak aku beri. Malah wangnya aku kembangkan hingga menjadi harta melimpah. Suatu saat dia pun mendatangiku. Dia pun berkata padaku,

"Wahai hamba Allah, bagaimana dengan upahku yang dulu?"

Aku pun berkata padanya bahwa setiap yang dia lihat itulah hasil upahnya dahulu (yang telah dikembangkan), iaitu ada unta, sapi, kambing dan hamba. Dia pun berkata,

"Wahai hamba Allah, janganlah engkau bercanda."

Aku pun menjawab bahawa aku tidak bercanda padanya. Aku lantas mengambil semua harta tersebut dan menyerahkan padanya tanpa tersisa sedikit pun.

Ya Allah, jikalau aku mengerjakan sedemikian itu dengan niat benar-benar mengharapkan wajah-Mu, maka lepaskanlah kesukaran yang sedang kami hadapi dari batu besar yang menutupi kami ini.

Lantas gua yang tertutup sebelumnya pun terbuka, mereka keluar dan berjalan. [Muttafaqun 'alaih. HR. Bukhari no. 2272 dan Muslim no. 2743].

____

Inilah dalil yang membolehkan berdoa dengan bertawasul dengan amalan soleh yang kita lakukan.

Bertawasul dengan amalan soleh ini adalah lawan dengan bernazar.

Tawasul dengan amalan soleh, kita beribadah dahulu lepas tu baru minta kepada Allah. Tetapi nazar ini kita minta kepada Allah dulu, bila tertunai hajat baru kita buat ibadah tersebut.

Tentulah tawassul dengan amalan soleh lebih dicintai Allah berbanding dengan bernazar.

Caranya mudah, lakukan amalan soleh, selepas itu berdoa dengan menyebut amalan soleh tersebut dan mintalah kepada Allah dengan sebarang hajat.

Amalan soleh itu termasuklah segala jenis ibadah seperti solat, puasa, membaca Al-Quran, sedekah, membantu orang, berdakwah, berbakti kepada ibu bapa, meninggalkan dosa, atau apa sahaja kebaikan.

Kredit: rumaysho.com

Comments