Bukan Hanya 10 Sahabat Dijamin Syurga?

 OLEH: Abu Afiq


Bukan 10 sahabat dijamin Syurga. Sebenarnya 1000 lebih pasti masuk syurga di bai'atur ridwan..


Nabi ﷺ  bersabda:

لاَ يَدْخُلُ النَّارَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنْ أَصْحَابِ الشَّجَرَةِ أَحَدٌ الَّذِينَ بَايَعُوا تَحْتَهَا

"Insya-Allah, tidak ada satu pun yang masuk neraka dari orang orang yang berbai'at di bawah pohon." [HR. Muslim 4/1942/ no:2486].


Iaitu seramai 1400 orang sebagaimana disaksikan oleh 5 org sahabat Nabi ﷺ iaitu;


1. Jabir bin Abdillah

2. al-Barra' bin Azib

3. Ma'qal bin Yasar

4. Salamah bin Aqwa'

5. al-Musayyib bin Hazan

رضي الله عنهم

[as-Siratun Nabawiyyah ash-Sahihah, hlm. 435].


Setiap dari mereka dapat endorsement dari Nabi ﷺ

أَنْتُمْ خَيْرُ أَهْلِ الأَرْض 

"Kalian adalah sebaik baik penduduk bumi." [HR. Al Bukhari, al-Fath 16/17/no:4154].


Mmg Allah redha dgn depa..


Kredit: Dr Khalid Basalamah / almanhaj.or.id




[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI



Comments