Kaum Pengkhianat!

OLEH: Abu Aqif.


 *Kaum Pengkhianat*


Nabi ﷺ bersabda:


يُطْبَعُ الْمُؤْمِنُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ إِلاَّ الْخِيَانَة وَالْكَذِب.


"Seorang mukmin dapat terbentuk wataknya berdasarkan apa sahaja watak kecuali khianat dan dusta." [Lihat Fathul Bâri X/508].


Maksudnya, orang Islam boieh berpewatakan dengan watak apa sahaja kecuali menjadi *pengkhianat* atau *pendusta*. Menunjukkan dua watak ini adalah sehina-hina perwatakan yang haram dijadikan keperibadian.


https://www.facebook.com/abdulrahmanabdollah/posts/3054610634810723


Dari Imran bin Hussain رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda,


خَيْرُكُمْ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ، إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَخُونُونَ وَلاَ يُؤْتَمَنُونَ، وَيَشْهَدُونَ وَلاَ يُسْتَشْهَدُونَ، وَيَنْذِرُونَ وَلاَ يَفُونَ، وَيَظْهَرُ فِيهِمُ السِّمَنُ


Generasi terbaik adalah generasi di zamanku, kemudian masa setelahnya, kemudian generasi setelahnya.


Sesungguhnya pada masa yang akan datang ada kaum yang *SUKA BERKHIANAT* dan *TIDAK BOLEH DIPERCAYAI*,


mereka bersaksi sebelum diminta kesaksiaannya, bernazar tapi tidak melaksanakannya, dan nampak pada mereka kegemukan".[HR. Bukhari 2651 dan Muslim 6638].


Carilah teman siapa sahaja hatta yang miskin, hodoh atau cacat sekalipun, tetapi hindarilah teman-teman yang kuat berdusta dan suka berlaku khianat.


Allah itu Maha Adil. Allah itu Maaliki Yaumid diin, Pemilik Hari Pembalasan kelak. Jika ada yang berkhianat kepada kita, pasti akan ada hukuman yang sangat adil oleh Al-Maalik di akhirat nanti.


Kredit:

1. konsultasisyariah.com

2. almanhaj.or.id




3. rumaysho.com

Comments