Amalan Pada Hari Arafah Yang Boleh Diamalkan

 OLEH: Abu Aqif


1. Perbanyakkan Doa

Mohon apa sahaja yang diinginkan.

Nabi ﷺ bersabda,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah." [HR. Tirmidzi, no. 3585. Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani].


2. Bertakbir Dari Subuh Hingga Tasyrik Terakhir Di Setiap Selepas Solat Waktu

Dari Abdullah bin Umar رضي الله عنهما, dia berkata,

غَدَوْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مِنْ مِنًى إِلَى عَرَفَاتٍ مِنَّا الْمُلَبِّى وَمِنَّا الْمُكَبِّرُ

"Kami pagi-pagi bersama Rasulullah ﷺ dari Mina menuju Arafah, di antara kami ada yang bertalbiyah dan di antara kami ada yang bertakbir." [HR. Muslim, no. 1284].


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah حفظه الله mengatakan,

أَصَحُّ الْأَقْوَالِ فِي التَّكْبِيرِ الَّذِي عَلَيْهِ جُمْهُورُ السَّلَفِ وَالْفُقَهَاءِ مِنْ الصَّحَابَةِ وَالْأَئِمَّةِ : أَنْ يُكَبِّرَ مِنْ فَجْرِ يَوْمِ عَرَفَةَ إلَى آخِرِ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ عَقِبَ كُلِّ صَلَاةٍ

"Pendapat yang paling tepat dalam waktu bertakbir yang dipegang oleh jumhur salaf dan fuqoha dari kalangan sahabat dan ulama mazhab, adalah dari waktu fajar pada hari Arafah hingga hari tasyrik terakhir setiap bakda (selepas) solat (solat fardu)." [Majmu’ah Al-Fatawa, 24:220].


Apa Itu Hari Tasyrik

Dari Nubaisyah Al Hudzali, dia berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda,


أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

"Hari-hari tasyrik adalah hari makan dan minum (dilarang berpuasa, -pent). [HR. Muslim no. 1141].

Hari tasyrik adalah tiga hari setelah Adil Adha (hari nahr). [Lihat Al Iqna’, 1: 412].

Tiga hari selepas Hari Raya Aidil Adha iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah.


3. Baca Zikir Terbaik Yang Diajar Nabi

أَفْضَلُ مَا قُلْتُ أَنَا وَ النَّبِيُّوْنَ عَشِيَّةَ عَرَفَةَ : لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَ لَهُ الحَمْدُ ، وَ هُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر

"Kalimah utama yang aku dan para nabi ucapkan pada petang hari Arafah adalah:

LAA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAH LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA 'ALA KULLI SYAI-IN QODIIR

(Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Miliki-Nya segala kerajaan, segala pujian dan Allah yang menguasai segala sesuatu)." [HR. Ath-Thabrani dalam Fadhl ‘Ashri Dzil Hijjah, 2:13, Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 1503, 4:7).


4. Berpuasa Bagi Yang Tidak Berhaji, Terhapus Dosa 710 Hari

Dari Abu Qatadah رضي الله عنه dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ

"Puasa Arafah (9 Zulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." [HR. Muslim, no. 1162].


6. Perbanyakkan Amal Kebaikan

Apa sahaja amal soleh seperti solat, berpuasa, berzikir, berdoa, bersedekah, belajar ilmu syarie, menolong pihak-pihak yang memerlukan, apa sahaja.

Hadis Ibnu Abbas رضي الله عنهما disebutkan,

« مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ ». يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ « وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ».

"Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah)."


Para sahabat bertanya, "Tidak juga jihad di jalan Allah?"

Nabi ﷺ menjawab, "Jihad di jalan Allah pun tidak mampu mengalahkan kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali sedikit pun." [HR. Abu Daud no. 2438, At Tirmidzi no. 757, Ibnu Majah no. 1727, dan Ahmad no. 1968. Disahihkan oleh Syaikh Al Albani dan Syaikh Syu'aib Al Arnauth].



[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments