Bersangka Baik Dengan Orang

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman


- Orang yang hebat & bijaksana 

- Cara bergaul & berakhlak mulia 

Kata Omar al-Khattab: 

أَعْقَلُ ‌النَّاسِ أَعْذَرُهُمْ لَهُمْ.

“Orang yang paling bijaksana ialah orang yang paling bersangka baik dengan orang lain.” 

[Tarikh al-Madinah oleh Ibnu Syabah, 2/771]

Bersangka baik dengan orang lain termasuk dalam erti akhlak mulia. 

Ada kalanya orang lain tersalah kata atau melayan kita dengan layanan yang tidak menepati taraf yang kita mahu. 

Barangkali mereka mempunyai keuzuran yang kita tidak tahu. 

Justeru usahlah bersangka buruk dengan orang lain. 

Kerana Allah ﷻ berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞ. 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.” 

[Al-Quran, al-Hujuraat, 49:12]

Sabda Nabi ﷺ: 

إيَّاكُمْ وَالظَّن فَإنَّ الظَّنَّ أكْذَب الحَدِيثِ.

“Janganlah kamu bersangka-sangka kerana sesungguhnya berangka-sangka itu adalah sebesar-besar pembohongan.” 

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan keselamatan. 



[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI



Comments