OLEH: Abu Aqif
Selain ibadah korban dan haji, ada beberapa ibadah yang tidak susah untuk dilakukan oleh umat Islam. Tidak memerlukan sebarang kos, orang paling miskin pun mampu untuk melakukan dan mendapat pahala yang besar lagi berlipat kali ganda, antaranya;
1. Apa Sahaja Ibadah
Apa sahaja ibadah (tidak semestinya puasa) walaupun kecil, adalah besar di sisi Allah di antara 1 hingga 10 Zulhijjah.
Rasulullah ﷺ bersabda,
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ . يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ
"Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah)."
Para sahabat bertanya: "Tidak juga jihad di jalan Allah?”
Nabi ﷺ menjawab: "Tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali orang yang pergi jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun." [HR. Abu Daud no. 2438, At Tirmidzi no. 757, Ibnu Majah no. 1727, dan Ahmad no. 1968. Disahihkan oleh Syaikh Al Albani da b Syaikh Syu'aib Al Arnauth].
2. Perbanyakkan TaKbir, Tahlil Dan Tahmid
Rasulullah ﷺ bersabda,
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ وَلاَ أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ
"Tidaklah ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan amal soleh yang lebih dicintai Allah daripada sepuluh hari ini (di bulan Zulhijjah), maka perbanyaklah membaca tahlil, takbir dan tahmid". [HR. Ahmad no.5446, Daraquthni dalam Al 'Ilal XII:376 Thahawi dalam Syarah Musykilul Atsar 2971].
Antara bacaan yang dicontohkan adalah;
الله ُأَكبَرُ ، الله ُأَكبَرُ ، لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ، وَ الله ُأَكبَرُ ، الله ُأَكبَرُ ، و للهِ الحَمدُ
Allahuakbar, Allahuakbar, Laa-ilaa ha illallah wallahu Akbar, Allahu akbar walillahil hamd.
Lafaz takbir ini diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud رضي الله عنه. [HR. Ibnu Abi Syaibah; dinilai sahih oleh Al-Albani].
3. Doa Makbul
Nak minta apa-apa, doa sahaja pada hari Arafah. Nabi ﷺ bersabda,
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah." [HR. Tirmidzi no. 3585. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini hasan].
Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau dikabulkan. [Lihat Tuhfatul Ahwadziy, Muhammad Abdurrahman bin Abdurrahim Al Mubarakfuri Abul ‘Ala, 8/482, Mawqi’ Al Islam].
4. Puasa Sehari Di Hari Arafah, Allah Ampun Dosa 710 Hari
Bagi orang yang tidak berhaji dianjurkan untuk menunaikan puasa Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis Abu Qotadah, Nabi ﷺ bersabda,
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
"Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." [HR. Muslim no. 1162].
Comments
Post a Comment